Telegram Bot : 10 Kegunaan untuk cikgu-cikgu di sekolah

Telegram Bot : 10 Kegunaan untuk cikgu-cikgu di sekolah

Sambungan daripada tutorial membina bot telegram sebelum ini...
Cikgu2 guna untuk apa?
1. Untuk letak maklumat2 penting tentang sekolah yang boleh dicapai oleh mana2 guru dan ibu bapa bila perlu.
2. Untuk letak dokumen2(dskp,minit mesyuarat,takwim,format2 surat dsb) dalam bentuk sofycopy untuk dimuat turun bila perlu.
3. Untuk menyenaraikan aktiviti2 terkini dan lepas sebagai rujukan/panduan guru/guru dan ibu bapa.
4. Untuk simpan eviden2 bagi kegunaan fail Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) dan boleh dilihat/nilai bila2 masa.
5. Untuk simpan Logo, Lagu dan sebagainya dalam keadaan sedia dimuat turun.
6. Untuk memudahkan urusan mendapatkan maklumat peribadi individu seperti perjawatan, frog vle, sistem2 elektronik KPM dan sebagainya.(integrasi dengan server sendiri untuk keselamatan data).
7. Untuk ketua2 panitia, Setiausaha2 aktiviti dan program sekolah mengemaskini menu/ruang masing2 dengan media teks,imej, audio dan video. Semakan fail2 panitia dan aktiviti oleh ketua jabatan hanya melalui telegram! Jimat kertas, ink, dan fail.(memudahkan pengurusan).
8. Untuk simpan grafik2 berguna dalam pdp, banner2 aktiviti yang boleh diambil pada bila2 masa.
9. Untuk menghantar mesej segera kepada semua subscriber (guru/ibu bapa) berkenaan makluman dari pihak sekolah.
10. Untuk menghantar mesej pada waktu tertentu sebagai peringatan dari semasa ke semasa.
Sekolah cikgu-cikgu ada menggunakan telegram sebagai medium perhubungan antara kakitangan?
Bina Bot telegram dan masukkan ke dalam group... sedia untuk berikan perkhidmatan kepada semua warga sekolah..
*Rujuk post di blog saya sebelum ini untuk tutorial ringkas membina Bot telegram.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

2 Ulasan

  1. boleh buat video tak pasal nk create bot ni

    BalasPadam
  2. Nice information, valuable and excellent design, as share good stuff with good ideas and concepts, lots of great information and inspiration, both of which I need, thanks to offer such a helpful information here. Telegram Mod for Android

    BalasPadam
To Top