Pendidikan Moral Tahun 5 Unit 2: Baik Hati — Video Set Induksi “Nak Tolong, Tapi Tak Tahu Caranya!”
0
Ulasan
Video set induksi Pendidikan Moral Tahun 5, Unit 2: Baik Hati.
Amir mahu membantu mangsa banjir, tetapi duitnya sudah habis. Badrul pula bimbang tentang kotak bantuan yang berat. Selain wang dan mengangkat barang, apakah bantuan lain yang boleh mereka berikan?
Soalan perbincangan PdPc
- Apakah bantuan yang boleh kita berikan tanpa wang? Kenapa?
- Bagaimanakah kita mengetahui bantuan yang diperlukan?
- Apakah tugasan yang sesuai dan selamat untuk murid?
Minta bimbingan sukarelawan dewasa sebelum membantu. Pilih tugasan mengikut kemampuan.
Olahan topik Sukarelawan Idola Saya, halaman 12 buku teks Pendidikan Moral Tahun 5 SK.
Visual dan suara dijana menggunakan AI. Bahan rangsangan PdPc oleh Cikgu Suffi.

Catat Ulasan