PdPR lagi? Jangan pening cikgu, kita ada banyak cara! 😍
PdPR lagi? Jangan pening cikgu, kita ada banyak cara! 😍
Kalau tiba-tiba perlu melaksanakan PdPR, mesti ada guru yang mula fikir... nak buat aktiviti apa supaya murid terus belajar walaupun berada di rumah?
Sebenarnya, PdPR bukan semestinya kena Google Meet sepanjang masa. Bukan juga sekadar beri latihan dan minta murid siapkan.
Ada banyak aktiviti mudah yang boleh kita laksanakan. Yang penting, murid seronok, objektif pembelajaran tercapai dan ibu bapa pun tidak terbeban.
Jadi, saya kongsikan 10 CADANGAN AKTIVITI PdPR (Klik di sini ) dalam bentuk infografik yang ringkas dan mudah difahami.
Ada aktiviti menggunakan teknologi, ada juga yang hanya memerlukan bahan sedia ada di rumah. Boleh pilih dan sesuaikan mengikut tahap murid serta kemudahan yang mereka miliki.
Saya harap koleksi kecil ini dapat membantu rakan-rakan guru mendapatkan idea, terutamanya apabila perlu melaksanakan PdPR dalam keadaan yang tidak dijangka.
📌 Simpan perkongsian ini sebagai rujukan.
❤️ Kongsikan juga kepada rakan-rakan guru yang mungkin memerlukannya.
Kadangkala, yang murid perlukan bukan aktiviti yang hebat atau teknologi yang canggih. Cukup aktiviti yang sederhana, tetapi memberi makna kepada pembelajaran mereka.
Sekolah mungkin ditutup sementara, tetapi ruang untuk belajar sentiasa terbuka.
Semoga bermanfaat buat semua.
Terus Menyala! 🔥
#PdPR #IdeaPdPR #AktivitiPdPR #CikguSuffi #GuruMalaysia #PendidikanDigital #PembelajaranBermakna #TerusMenyala
Catat Ulasan