Lepak dengan Cikgu Aman sat, bukan senang nak dapat jumpa guru hebat macam ni...

Lepak dengan Cikgu Aman sat, bukan senang nak dapat jumpa guru hebat macam ni...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Hari ini saya berpeluang berjumpa dengan Idola ramai dalam dunia peralatan digital dan pendidikan digital, siapa lagi kalau bukan Founder AR Edutech (M) Sdn. Bhd. , Ramai guru-guru dah borong segala macam produk digital dengan Cikgu Aman seperti MS Surface, Projektor, TV, Smart Board dan lain-lain... tak lama lagi segala kerusi meja dan keperluan lengkap untuk sebuahbkelas digital pun Cikgu Aman akan supply. 

Bukan reti sangat pun nak pilih, mujur yang ini sedap!

Pertama sekali saya berbangga ada anak muda Malaysia yang terus konsisten memperkemaskan guru-guru dengan gajet dan harga berpatutan dan berdiri kukuh sejak PKP sehingga ke hari ini. 

Paling best, boleh bayar ansur-ansur pulak tu! Hebat! macamana lagi nak bantu sampai ke tahap ini. 

Tak lama lagi akan ada produk-produk baharu dibawa masuk untuk lengkapkan keperluan guru-guru, jadi apabila kita berkecimpung dalam dunia pendidikan digital kita tidak dapat lari dari memerlukan segala peralatan yang mampu memudahkan kita. 

Di kesempatan yang ada, ada beberapa projek yang dibincangkan dan insyaAllah kita akan berusaha menjadikannya realiti kerana menyediakan sistem memudahkan guru mendapatkan peralatan dengan harga patut juga satu perjuangan dalam proses melahirkan pencipta kandungan digital yang hebat! 

Doakan menjadi realiti, jika Allah berkehendak kita sebagai hamba hanya mampu merancang dan Allah jua yang mengizinkannya. 

Terima kasih belanja, ingat nak lepak mamak jer tadi, ke sini pula dibawanya. Tq Cikgu Aman, terus menginspirasikan ramai guru di Malaysia! Terbaik. 

nak tahu lebih lanjut? Kunjungi https://www.aredutech.com

#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara

BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group