Cikgu.. itu masjid saya!
Dari Karya Murid Tahun 1 Jadi Cenderahati Raya
Tadi saya lalu di sebuah kelas.
Di atas meja, saya nampak hasil kerja murid Tahun 1.
Masjid kecil daripada kertas.
Ada yang merah.
Ada yang hijau.
Ada yang biru.
Warna pun ada yang keluar garisan sedikit.
Tapi semuanya nampak comel dan jujur.
Saya berhenti tengok sekejap.
Tiba-tiba terlintas satu idea.
Kalau karya murid ini kita jadikan sesuatu yang lebih bermakna?
Saya terus ambil gambar semua masjid kecil itu.
Kemudian saya cuba buat satu eksperimen kecil.
Saya gunakan AI untuk menjadikan karya murid tadi sebagai model masjid yang lebih realistik, tetapi masih kekalkan warna asal yang mereka pilih.
Hasilnya…
Daripada kertas kecil yang diwarnakan murid Tahun 1…
Tiba-tiba berubah menjadi poster Hari Raya yang cantik.
Bila tengok hasilnya, saya rasa satu perkara.
Ini sebenarnya boleh jadi cenderahati kenangan untuk murid.
Dan saya fikir,
mungkin cikgu-cikgu lain pun boleh buat perkara yang sama.
Karya murid bukan sekadar aktiviti kelas.
Kalau kita olah sedikit…
Ia boleh jadi sesuatu yang lebih bermakna.
Tutorial Ringkas (Cikgu Pun Boleh Cuba)
Langkah 1
Buat aktiviti kraftangan bersama murid.
Contoh:
Masjid kertas
Kad raya
Rumah kampung
Lukisan suasana raya
---
Langkah 2
Susun semua karya murid di atas meja.
Ambil gambar secara wide shot supaya nampak semua hasil mereka.
---
Langkah 3
Masukkan gambar itu ke dalam AI image generator... chatgpt pun boleh.
Tujuannya untuk:
• menjadikan objek lebih realistik
• menambah suasana raya
• jadikan poster
---
Langkah 4
Tambahkan teks pada poster.
Contoh:
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
---
Langkah 5
Tunjukkan hasilnya kepada murid.
Percayalah…
Bila murid nampak karya mereka jadi poster cantik, mereka akan rasa sangat dihargai.
---
Prompt AI Untuk Jana Gambar
Gunakan prompt seperti ini.
Create a festive Hari Raya poster inspired by children's paper mosque crafts.
Many colorful miniature mosques based on children's paper art arranged on a table. The mosques keep the same bright colors like red, yellow, green and blue as the children's drawings.
Transform them into beautiful realistic miniature mosques while keeping the original colors.
Add festive Hari Raya decorations such as ketupat, hanging lights, stars and a glowing pelita lamp.
Magical festive background with golden sparkles.
Text on poster:
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
highly detailed, vibrant colors, cinematic lighting, realistic miniature models, festive Islamic celebration atmosphere, vertical poster 9:16
Na lagi mudahh suruh jer AI tukar ke dalam bentuk poster kad raya.
Kenapa Aktiviti Ini Bermakna
Kadang-kadang kita nampak karya murid sebagai aktiviti biasa sahaja.
Potong.
Warna.
Lipat.
Tetapi sebenarnya…
Itu adalah hasil kreativiti mereka.
Kalau kita beri sedikit sentuhan…
Ia boleh berubah menjadi kenangan yang mereka ingat sampai besar.
Sedang bayangkan setiap murid dapat kad raya bercetak, bila tengok terus keluar... "Cikgu! ini masjid saya!".
Langkah kecil, tapi besar impaknya... untuk keyakinan murid terus berkarya.
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
Catat Ulasan