🎓 Tutorial 4 ~ Admin RuangPro 360 : Lihat Senarai Tempahan & Urus Status

🎓 Tutorial 4 ~ Admin RuangPro 360 : Lihat Senarai Tempahan & Urus Status

🎓 Tutorial 4 RuangPro 360
Lihat Senarai Tempahan & Urus Status


Selepas bilik berjaya ditambah, pengguna sudah boleh membuat tempahan.

Sebagai admin, anda perlu tahu bagaimana untuk:
✔ Melihat semua tempahan
✔ Batalkan tempahan
✔ Aktifkan semula tempahan
✔ Padam tempahan sepenuhnya. 

Mari kita lihat langkah demi langkah.
📌 Langkah 1 – Masuk Menu Senarai Tempahan

Login ke Dashboard Admin, kemudian klik:
📅 Senarai Tempahan

Anda akan melihat jadual yang memaparkan:

Nama pemohon
No telefon
Tujuan
Tarikh
Masa mula
Masa tamat
Status tempahan
Ruangan tindakan

📌 Langkah 2 – Fahami Status Tempahan
Sistem mempunyai beberapa status:

🟢 Aktif
Tempahan sah dan akan digunakan seperti biasa.

🔴 Batal
Tempahan telah dibatalkan oleh admin.

📌 Langkah 3 – Batalkan Tempahan
Jika perlu membatalkan:

Klik butang Batalkan
Sahkan tindakan
Status akan berubah kepada Batal
Selepas dibatalkan:

Slot masa menjadi tersedia semula
Pengguna lain boleh menempah slot tersebu

📌 Langkah 4 – Aktifkan Semula Tempahan 

Jika berubah fikiran:
Klik Aktifkan
Status akan kembali kepada Aktif

⚠ Pastikan slot masa masih tiada pertindihan sebelum aktifkan semula.

📌 Langkah 5 – Padam Tempahan Sepenuhnya

Jika mahu buang rekod terus dari sistem:
Klik Padam
Sahkan tindakan
Rekod akan dipadam terus dari pangkalan data.
Gunakan fungsi ini dengan berhati-hati.

📌 Langkah 6 – Tapis Mengikut Tarikh & Bilik

Admin juga boleh:
✔ Pilih tarikh mula
✔ Pilih tarikh tamat
✔ Pilih bilik tertentu
✔ Papar laporan berdasarkan pilihan
Ini memudahkan anda melihat tempahan dalam tempoh tertentu sahaja.

🎯 Ringkasan Tutorial 4
Sebagai admin, anda kini boleh:
✔ Mengawal semua tempahan
✔ Menyusun penggunaan bilik
✔ Mengelakkan pertindihan
✔ Menjana laporan rasmi

Terima Kasih! 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group