Menyalakan Harapan, Membangunkan Jiwa: Cerita di Sebalik Edufluencers

Menyalakan Harapan, Membangunkan Jiwa: Cerita di Sebalik Edufluencers


Pernah dengar tentang Edufluencers KPM?
Apa tugas mereka? Bagaimana mereka terpilih dan diiktiraf?

Segalanya bermula dengan jiwa pendidik yang Aktif, Kreatif, Inovatif dan Positif (AKIP).



Setiap Edufluencer mempunyai niche masing-masing yang menjadi aset bernilai dan kekuatan utama mereka.

Kreativiti, kekuatan idea dan keupayaan melaksanakan sesuatu yang di luar kebiasaan adalah satu anugerah. Apabila anda memilih untuk tidak “menyimpan kuku”, anda sebenarnya sedang memanfaatkan sepenuhnya anugerah yang bernilai itu.


Populariti dan jumlah pengikut bukanlah faktor utama untuk terpilih menjadi Edufluencer, tetapi bagaimana anda menjadikan pengikut anda sebahagian daripada gelombang perubahan yang sama mencorak dunia pendidikan di Malaysia dengan jiwa insan terpilih.

Namun, Edufluencers juga terikat dengan Kod Etika yang perlu dipatuhi supaya profesion yang dicintai ini tidak dipandang serong oleh masyarakat.

Selain berfungsi menyampaikan maklumat sahih terus daripada KPM, tanpa disedari komuniti ini mempunyai kelebihan luar biasa... sebuah komuniti yang juga mampu menyelamatkan jiwa. 



Hari ini kami bersidang di Grand Ion Delemen, Genting Highlands, dimulakan dengan sesi berkenalan bersama para penggerak Edufluencers di DMU, KPM, barisan fasilitator, dan barisan PIC negeri yang diketuai oleh Cikgu Muiez dengan penuh jayanya!

Bukan persidangan biasa-biasa, tetapi persidangan yang mampu mencorakkan dunia pendidikan Malaysia dengan penuh warna dan makna.

#TerusMenyala
#AkademiYoutuber
#EdufluencersPerak
#EdufluencersKPM
#CikguSuffi
#KitaBantuKita    




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group