Belum turun bas #AdikBeradikAYU dah ready nak bergambar! Terbaik orang Melaka!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly
Cikgu Yuhanisah, Cikgu Dhiya & Cikgu Shidee
Lima jari! Alhamdulillah sambutan hari guru peringkat kebangsaan pada kali ini menyaksikan 5 orang guru ahli Akademi Youtuber telah berjaya merangkul anugerah di peringkat kebangsaan. Rasa bersyukur dapat berada bersama mereka dalam majlis berprestij pada kali ini. Semoga kerjayaan yang diperolehi diteruskan dengan pencapaian-pencapaian yang lebih besar selepas ini.
Cikgu Masrina antara Youtuber Pendidikan yang paling aktif di Melaka diapit oleh Cikgu Yuhanisah Ikon Pencipta Kandungan Digital Kebangsaan dan Cikgu Dhiya Johan Cikgu Juara Digital Kebangsaan. Keupayaan yang dimiliki mereka dimanfaatkan sehingga mampu memberi sumbangan dalam program-program daerah dan di peringkat negeri. Itu adalah antara hasrat di Akademi Youtuber supaya guru-guru dapat pulangkan kembali ilmu yang diperolehi kepada pembangunan di peringkat daerah dan negeri masing-masing.
Rupanya gambar sampai dulu dari tuannya! Booth McD memang luar biasa di sini antara booth yang paling besar. Ronda sekitar kawasan booth tengok-tengok ada juga gambar penerima tahun lepas terselit di situ. Terima kasih kepada anda semua yang hanya dikenali di alam maya, tanpa pencalonan daripada ahli AYU (Chekgu LK) mungkin anugerah ini menjadi hanya mimpi di siang hari. Kerana anda saya berada di situ.
Maaf ya setting lari la pulak.. hahaha
ok yang ni semua sharp ya.. terbaik!!!
Yu.Suhaini.. orang kuat eDidik Malaysia pun tak lepas peluang bertentang mata buat kali kedua selepas kali pertama di Midaris Shariah tempoh hari. Terbaik!
Hari berikutnya bersama Kak Mas dan Cikgu Yana... Tahniah! teruskan kecemerlangan di mana jua kita berada. Tumpang gembira dengan #AdikBeradikAYU pakat naik PPD, JPN dan KPM belaka dah.. serap sikit aura hebat mereka.
Tak sah kalau tak bergambar! Maklumlah sebelum ni hanya berinteraksi secara dalam alam maya, terlalu banyak perjumpaan maya bila bersemuka dia jadi teruja lain macam... macam jumpa adik beradik jadinya.
Madam Blue pun ada! Walupun gambar kabur.. dapat juga kenangan disimpan.
Tahniah Cikgu Hafsan, Ikon Guru Sekolah Swasta Berwibawa. Terbaik lah...
Selempang Edufluencers tak tinggal tu.. menggambarkan betapa PADUnya Edufluencers KPM.
Ke hulu ke hilir dengan Yu.Suhaidi mencari angle yang sesuai untuk bergambar.
Gambar terakhir sebelum bergerak balik ke Perak, terima kasih dan tahniah semua!. Pengalaman yang luar biasa berada dalam majlis hebat yang diserikan dengan kehadiran insan-insan hebat seperti anda. Teruskan berkarya, perjalanan kita masih jauh untuk sampai destinasi yang dituju.
Bukanlah anugerah menjadi buruan, tapi meninggalkan sesuatu yang hebat untuk generasi seterusnya menjadi matlamat utama.
Selamat Hari Guru, Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.









.jpg)




.jpg)



.jpg)


Catat Ulasan