Domain Name - Seluruh dunia hanya ada satu, adakah anda masih bertuah!

Domain Name - Seluruh dunia hanya ada satu, adakah anda masih bertuah!


Masih belum terlambat! 
Untuk nama sendiri sudah pasti ada di kalangan kita yang memiliki nama yang sama begitu juga dengan jawatan sebagai seorang pendidik. 

Cikgu Suffi mungkin ada lebih 10 orang guru di seluruh dunia yang berjawatan sebagai seorang cikgu namun di internet hanya seorang dibenar mendaftarkan nama domain tersebut. 

CikguSuffi.com telah selamat didaftarkan atas nama saya dan setiap carian domain di mana-mana peluncur akan membawa ke laman blog ini. Unik, istimewa dan bertuah belum diambil orang! 

Begitu juga dengan nama anda, adakah masih berpeluang untuk mendaftar atau nama istimewa tersebut telah diambil orang? cuba buat carian sendiri di domain.google untuk melihat adakah anda masih bertuah atau terpaksa menggunakan nama lain untuk menempah identiti anda di alam maya.  

Nama domain sangat berharga, dulu saya pernah memiliki domain solehah.com yang sudah diambil orang lain ketika ini dengan nilai pembelian semula lebih RM10,000.00 untuk memilikinya ketika ini. Kita boleh beli sebanyak mana domain tapi tiada gunanya juga jika hanya menyimpan dan tidak menggunakannya. 

Cikgu! buat masa ini belum ramai nama domain menggunakan cikgu di depan didaftarkan kerana rata-rata lebih 80 domain yang didaftarkan ketika ini oleh guru-guru masih available membawa maksud anda masih bertuah! mungkin sekarang dan tidak mustahil setahun dua yang akan datang. 

Masih belum terlambat! dapatkan sementara nasib anda masih bertuah ketika ini! 

Macamana nak dapatkan domain boleh ikuti tutorial pengurusan laman blog di Channel Cikgu Suffi. Ada diajar dari A to Z bagaimana menguruskan laman blog dan nama domain sendiri. 

Tingkatkan kesungguhan dan nilai profesionalisme anda dengan memiliki nama domain sendiri, membawa maksud kita bersungguh untuk mantapkan dunia pendidikan digital di Malaysia. 

Adakah saya menjual? ouh tidak! semuanya dibeli terus melalui google domain, saya hanya mendorong dan menunjuk cara bagaimana proses pembelian berlaku. Selamat maju jaya! jangan lupa daftar diri sebagai EduBlogger di portal Akademi Youtuber untuk menikmati meriahnya dunia blogger pada masa kini! 

Tahniah! Selangkah ke hadapan.... 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

To Top