Masa tak cukup nak fokus jadi Youtuber Pendidikan?

Masa tak cukup nak fokus jadi Youtuber Pendidikan?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. 

Saya mendapat makluman ramai lagi rakan-rakan guru yang berminat untuk menjadi 'Youtuber Pendidikan' atau sebagai 'Content Creator' tetapi ada beberapa perkara yang menjadi penghalang. 

Tidak sama sepertimana sewaktu mula-mula perintah kawalan pergerakan yang lalu di mana kita memiliki masa yang sangat banyak berada di rumah kerana segala aktiviti luar rumah terpaksa dihadkan. Pada waktu itu boleh dikatakan kita memiliki masa berkualiti untuk menambah ilmu pengetahuan. 

Kini, segala-galanya kembali normal dan hampir tiada masa untuk menambah ilmu baharu kerana sibuk dengan tugas harian yang agak padat. 

Menyedari hal tersebut, saya dan rakan-rakan sedaya upaya memikirkan kaedah yang lebih mudah dan memberi kebebasan masa untuk rakan-rakan guru tetap berpeluang memulakan sesuatu yang baharu atau menyambung semula sesuatu yang telah dicuba namun tidak berjaya sampai ke garis penamat sebelum ini. 

2023, InsyaAllah akan membawa sinar baharu kepada rakan-rakan guru yang masih ingin mencabar diri menjadi Youtuber Pendidikan kerana saya akan jadikan tempoh mengikuti segala modul yang ada melalui cara yang lebih mudah, tiada tekanan dan yang pasti masa belajar yang fleksibel. 

Adakah masih PERCUMA? 
Ya! Sudah pasti masih percuma untuk Akademi Youtuber melatih lebih ramai guru-guru menonjolkan hasil karya masing-masing. 

Mesyuarat jawatankuasa tertinggi AYU telah memutuskan kaedah terbaik untuk pelaksanaan Modul AYU yang telah terbukti berjaya lahirkan Youtuber Pendidikan berjaya sebelum ini.

Semoga segalanya berjalan lancar, sehingga kini proses pembangunan sistem telah mencapai 80% siap dibina dan dijangka akan boleh digunakan awal Mac 2023. Doakan semuanya berjalan lancar, 1,000 Youtuber Pendidikan baharu disasarkan sebelum penghujung tahun 2023. InsyaAllah. 

'Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa'. 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

4 Ulasan

  1. Terbaik Cikgu Suffi! Semoga modul baharu memberi ruang yang luas kepada para pendidik menceburi dunia youtuber sebagai youtuber pendidikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu Azizah, semoga semua graduan AYU dapat bersama menjayakan misi 1,000 Youtuber Pendidikan baharu tahun depan. InsyaAllah.

      Padam
  2. Assalam Cikgu.. semoga usaha murni Yu Suffi sentiasa mengalir bak air tenang yang tidak bisa diterjemah dengan kata-kata, ungkapan mahupun perasaan kerana diriMu sangat berharga umpama tiada mutiara mahupun harta dunia yang mampu menggantikan insan seperti Cikgu Suffi.. semoga berkat melimpah di dunia mahupun di akhirat jua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Cikgu Ba, semoga ada sesuatu buat kita di sana nanti. Selagi terdaya kita bantu mana yang termampu. Ilmu pinjaman untuk dimanfaat semua.

      Padam
To Top