Misi Akademi Youtuber 2023 : Semoga menjadi realiti

Misi Akademi Youtuber 2023 : Semoga menjadi realiti


Selepas 3 hari 2 malam berkampung dengan guru-guru hebat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur rasa sangat teruja dengan kegigihan dan pencapaian mereka. Ada yang sampai membawa pelajar ke luar negara, ada yang dapat anugerah khas dari negara luar, ada inovasi hebat tersendiri terus rasa macam belum layak diri ini untuk berada bersama dengan mereka. 

Mengambil aura positif, kegigihan dan kecekalan mereka terus kembali bersemangat untuk mengejar cita-cita untuk melahirkan 1,000 youtuber di kalangan guru-guru Malaysia. Hanya satu tujuan, menerbitkan video pendidikan untuk kegunaan seluruh negara. 

Untuk merealisasikan MISI ini, bukanlah suatu yang mudah kerana perlukan sokongan penuh dari semua pihak kerana ianya memerlukan komitmen masa, tenaga dan juga wang ringgit. 

InsyaAllah, MISI pada kali ini kita bawakan 18 Edufluencer KPM dan turut mengalu-alukan penyertaan di kalangan Edufluencer yang belum menyertai AYU untuk sama-sama kita melahirkan youtuber pendidikan dari kalangan rakan-rakan guru kita sendiri. 

Masih sama seperti sebelumnya, bermula percuma selamanya adalah percuma! istimewa hanya untuk guru-guru Malaysia. 

Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa

Pengembaraan akan bermula! 

TERIMA KASIH. 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top