Guru Data : Kerja semakan data produktif pada jam 3:00 Pagi

Guru Data : Kerja semakan data produktif pada jam 3:00 Pagi

Assalammualaikum w.b.t & salam mesra!



Hari ini cikgu nak bercerita tentang tugas baru cikgu iaitu sebagai GURU DATA. Seperti biasa cikgu memang sudah biasa dengan pembangunan dan pengurusan laman web khususnya portal dan laman web perniagaan (shopping cart). Melihat kepada sistem EMIS yang cikgu kena sentiasa kemaskini data guru-guru cikgu rasa seakan-akan ada butang yang sepatutnya ada tidak diadakan, tetapi yang tidak sepatutnya diadakan namun diwujudkan. Ianya pasti mengelirukan pengguna khususnya guru-guru data. Sepanjang cikgu berkecimpung dalam dunia pembangunan dan pengurusan laman web, tidak pernah cikgu berjumpa dengan sistem pengurusan kandungan sedemikian rupa. Diantaranya adalah seperti berikut :

1. Pelabelan guru - sepatutnya setelah guru data melabel pengkhususan guru sepatutnya terus tersenarai di dalam label guru tersebut namun terpaksa dijana untuk mendapatkan label tersebut, selain ada butang jana rupa-rupanya hanya pegawai PPD sahaja yang boleh menjana dalam tempoh-tempoh tertentu. Jadi untuk apa butang jana itu dipamerkan untuk paparan guru data? lebih baik sembunyikan saja butang tersebut untuk mengelak kekeliruan.

2. Kemaskini data - setiap bulan khabarnya semua data guru harus dikemaskini untuk mengubah tarikh kemaskini di dalam sistem. Sekiranya ada perubahan adalah berbaloi untuk menyemak seorang demi seorang dan mengemaskini data mereka. Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan adakah masuk akal untuk menyemak seorang demi seorang hanya untuk mengubah tarikh kemaskini semata-mata? adalah lebih baik pihak penyedia sistem pengurusan kandungan ini menyediakan satu butang khas yang fungsinya adalah seperti 'KLIK UNTUK KEMASKINI SEMUA DATA GURU (JIKA TIADA APA-APA PERUBAHAN)'. Hanya dengan satu klik semua tarikh kemaskini data akan berubah kepada tarikh terkini. Tidak sampai 10 saat berbanding kaedah yang digunakan sekarang yang rata-rata mengambil masa untuk mengemaskini seorang demi seorang yang bukannya satu halaman tapi lebih daripada 10 halaman untuk seseorang guru.

Macamana nak buat? 
Sediakan butang untuk tujuan tersebut, kemudian set kod menggunakan JavaScript berkenaan tarikh semasa, dan bila pengguna klik butang tersebut, gunakan fungsi INSERT untuk arahkan sistem masukkan tarikh semasa ke semua medan tarikh data yang terkandung di dalam database.

Bagi cikgu, sesebuah inovasi berbantukan sistem itu semestinya memudahkan. Jika tidak memudahkan ianya tidak boleh dianggap inovasi kerana apa gunanya menggunakan sistem jika cara bekerja dan kesukarannya sama seperti mana menguruskan data secara manual?. Sistem semestinya memudahkan pengguna, jika tidak ianya adalah kelemahan pengaturcaraan laman web untuk menyediakan sesuatu yang memudahkan. Sifirnya cukup mudah.

Jam sudah menunjukkan pukul 4:00am, hari ini cikgu terjaga pukul 3:00am dan terus uruskan data EMIS mana-mana yang belum sempurna. Perjalanan cukup lancar kerana ketika ini hanya ada 6 orang pengguna di talian. Jadi kerja perkeranian ini lebih produktif dilakukan pada waktu-waktu sebegini.

Bersambung dengan rutin seterusnya....
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top