Lif di pangsapuri tidak berfungsi. Amir mahu naik tangga dan berharap orang lain melaporkannya. Badrul pula memikirkan jiran-jiran yang turut menggunakan lif itu.
Pendidikan Moral Tahun 5 — Unit 3: Bertanggungjawab
Soalan perbincangan: Kalau kamu, apa yang patut kamu buat supaya masalah ini dilaporkan? Kenapa?
Guru boleh meminta murid mencadangkan orang yang sesuai untuk menerima laporan dan cara menerangkan masalah tanpa cuba membaiki lif sendiri.
Olahan situasi berdasarkan tema “Pangsapuri Kita, Tanggungjawab Kita” dan “Tanggungjawab Wujudkan Keselesaan” dalam buku teks Pendidikan Moral Tahun 5, halaman 24–25.
Visual serta suara dibantu AI. Bahan set induksi oleh Cikgu Suffi.

Catat Ulasan