Sinergi tu apa?
Sinergi: Kita Tak Perlu Hebat Seorang Diri
Ada satu perkataan yang saya suka.
SINERGI.
Ringkas.
Tetapi besar maknanya.
Sinergi membawa maksud kerjasama, gabungan tenaga atau tindakan bersama antara dua atau lebih pihak untuk mencapai sesuatu.
Bahasa mudah saya...
Kita mungkin boleh bergerak seorang diri, tetapi apabila kekuatan kita digabungkan dengan kekuatan orang lain, kita boleh pergi lebih jauh.
Kita Tak Perlu Pandai Semuanya
Kadang-kadang kita terlalu sibuk mahu menjadi orang yang boleh buat semua benda.
Nak pandai bercakap.
Nak pandai menulis.
Nak pandai grafik.
Nak pandai video.
Nak pandai coding.
Nak pandai mengurus.
Nak pandai memimpin.
Semua nak buat sendiri.
Penat weh... 😂
Hakikatnya kita memang tidak dicipta dengan kekuatan yang sama.
Ada orang hebat bercakap tetapi pening bila tengok Excel.
Ada orang tak banyak bercakap tetapi kalau suruh urus data, memang kemas.
Ada yang kreatif.
Ada yang teknikal.
Ada yang hebat merancang.
Ada pula jenis yang kalau kita bagi rancangan...
“Hang jangan risau, aku settle.”
Haaa... orang macam ni pun kita perlukan. 😂
Itulah sinergi.
Bukan mencari orang yang sama seperti kita.
Tetapi mencari orang yang melengkapkan apa yang kita tidak ada.
1 + 1 Kadang-kadang Bukan 2
Dalam Matematik...
1 + 1 = 2.
Tetapi dalam sinergi, kadang-kadang:
1 + 1 > 2
Kenapa?
Sebab bila dua kekuatan bertemu, sesuatu yang baharu boleh terhasil.
Saya ada idea.
Orang lain tahu bagaimana hendak melaksanakannya.
Seorang pandai menghasilkan kandungan.
Seorang lagi pandai menyebarkannya.
Seorang nampak masalah.
Seorang lagi nampak penyelesaian.
Kalau masing-masing bergerak sendiri, mungkin hasilnya biasa.
Tetapi apabila semuanya bertemu...
BOOM!
Lahir sesuatu yang mungkin tidak mampu dihasilkan oleh seorang daripada mereka secara bersendirian.
Saya Banyak Belajar Tentang Ini Melalui AYU
Kalau orang nampak Akademi Youtuber masih bergerak, kadang-kadang mudah untuk melihat satu dua nama di hadapan.
Tetapi saya tahu apa yang berlaku di belakang.
Ada mentor.
Ada presenter.
Ada moderator.
Ada control host.
Ada orang mengurus teknikal.
Ada yang menyediakan bahan.
Ada yang membimbing orang lain.
Ada yang jarang pun kelihatan di hadapan kamera.
Tetapi kalau satu bahagian itu hilang...
perjalanannya tidak akan sama.
Sebab itulah saya selalu percaya:
Kita kuat bukan semata-mata kerana kita hebat. Kadang-kadang kita kelihatan hebat kerana ada orang-orang hebat di sekeliling kita.
Itulah sinergi.
Sinergi Bukan Sekadar “Kerja Sama-sama”
Ada beza antara buat kerja bersama dengan bersinergi.
Kalau lima orang berada dalam satu kumpulan tetapi seorang sahaja buat kerja...
itu bukan sinergi.
😂
Sinergi berlaku apabila setiap orang membawa sesuatu.
Tak semestinya sama banyak.
Tak semestinya sama bentuk.
Tetapi semuanya bergerak menuju matlamat yang sama.
Bayangkan sebuah puzzle.
Satu keping mungkin kecil.
Tetapi kalau kepingan itu hilang...
gambar itu tetap tidak lengkap.
Begitulah sebuah pasukan.
Jangan Cari Orang Yang Sama Dengan Kita
Ini juga sesuatu yang saya belajar.
Kalau saya hanya mahu bekerja dengan orang yang fikir macam saya, bercakap macam saya dan buat keputusan macam saya...
apa benda baharu yang saya boleh belajar?
Kadang-kadang orang yang selalu bertanya,
“Kenapa kita buat macam ni?”
itulah orang yang kita perlukan.
Dia membuatkan kita berfikir semula.
Orang yang berbeza tidak semestinya menyusahkan pasukan.
Kalau diurus dengan betul...
perbezaan itulah kekuatan pasukan.
Dalam Zaman AI, Sinergi Jadi Lagi Menarik
Hari ini kita bukan sahaja bersinergi antara manusia dengan manusia.
Kita juga mula belajar bersinergi dengan teknologi.
Manusia + Manusia + AI.
AI boleh mempercepatkan kerja.
AI boleh membantu menghasilkan idea.
AI boleh menganalisis.
AI boleh membantu mencipta.
Tetapi manusia masih membawa pengalaman, empati, pertimbangan, nilai dan tujuan.
Jadi saya tidak melihat AI sebagai pengganti pasukan.
Saya melihatnya sebagai satu lagi alat yang boleh menguatkan sinergi pasukan.
Teknologi mempercepatkan.
Manusia menentukan arah.
Tak Perlu Menyala Seorang Diri
Kadang-kadang kita terlalu mahu menjadi orang yang paling terang.
Sampai terlupa...
satu cahaya kecil mungkin hanya menerangi satu sudut.
Tetapi kalau banyak cahaya dinyalakan bersama-sama?
Seluruh ruang boleh menjadi terang.
Begitulah saya melihat sinergi.
Bukan siapa paling menyerlah.
Tetapi bagaimana kekuatan setiap orang boleh membuatkan seluruh pasukan menyerlah.
Sebab akhirnya kita tidak perlu menjadi hebat dalam semua perkara.
Kita cuma perlu tahu apa kekuatan kita...
dan cukup rendah hati untuk mengakui bahawa orang lain juga mempunyai kekuatan yang kita perlukan.
Saya ada sesuatu yang anda tiada.
Anda ada sesuatu yang saya tiada.
Bila kita gabungkan kedua-duanya...
kita bukan lagi sekadar bekerja bersama.
Kita bersinergi.
Dan mungkin itulah rahsia kepada banyak perkara besar yang pernah kita bina.
Bukan kerana ada seorang manusia yang mampu melakukan semuanya.
Tetapi kerana ada sekumpulan manusia yang memilih untuk menyumbangkan apa yang mereka ada...
supaya semuanya boleh terus menyala bersama-sama.
Sinergi.
Tak perlu hebat seorang diri.
Cukup kita hebat bersama-sama.
Terus Menyala! 🔥
Cikgu Suffi
cikgusuffi.com
Catat Ulasan