Pendidikan Moral Tahun 4 Unit 9: Keberanian — Video Set Induksi “Nak Tegur, Tapi Takut…”

Pendidikan Moral Tahun 4 Unit 9: Keberanian — Video Set Induksi “Nak Tegur, Tapi Takut…”


Pendidikan Moral Tahun 4 Unit 9: Keberanian

Video set induksi ini mengajak murid membincangkan keberanian menegur kesalahan jiran melalui situasi yang dekat dengan kehidupan mereka.

Nak Tegur, Tapi Takut…

Aiman melihat budak jirannya memegang batu berhampiran seekor kucing. Dia mahu menghalang, tetapi Farid takut mereka akan dimarahi. Apakah tindakan yang wajar?

Soalan perbincangan

  1. Kalau kamu jadi Aiman, apa kamu akan buat untuk membantu kucing itu? Kenapa?
  2. Bagaimanakah kita boleh menegur dengan sopan?
  3. Bilakah kita perlu mendapatkan bantuan orang dewasa yang dipercayai?

Guru boleh menghentikan video selepas soalan akhir, memberi masa murid berfikir dan meminta mereka menjelaskan alasan. Bimbing murid membezakan tindakan berani dengan tindakan yang membahayakan diri.

Rujukan: Buku teks Pendidikan Moral Tahun 4, halaman 74, “Bertindak Berani demi Kesejahteraan Kejiranan”. Cerita diolah sebagai bahan rangsangan PdPc. Visual dan suara dijana menggunakan AI.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group