Pendidikan Moral Tahun 4 Unit 13: Kesederhanaan — Video Set Induksi “Mainan Lama, Malu Nak Bawa?”

Pendidikan Moral Tahun 4 Unit 13: Kesederhanaan — Video Set Induksi “Mainan Lama, Malu Nak Bawa?”

Aiman dan Farid membincangkan mainan lama yang masih elok

Unit 13: Kesederhanaan

Video set induksi Pendidikan Moral Tahun 4, Unit 13: Kesederhanaan, untuk mencetuskan perbincangan tentang keperluan, kehendak dan kemesraan sesama jiran.

Aiman mahu membeli kereta kawalan jauh yang baharu sebelum bermain dengan jiran. Mainan lamanya masih elok, tetapi dia malu jika kawan-kawan membawa mainan baharu. Kalau kamu jadi Aiman, apa pilihan kamu? Kenapa?

Bincangkan cara menggunakan barang yang masih elok dan berkawan tanpa membandingkan harga mainan.

Soalan perbincangan

  1. Apakah perbezaan antara keperluan dengan kehendak Aiman?
  2. Bagaimanakah Aiman boleh bermain dengan jirannya menggunakan mainan yang masih elok?
  3. Kalau kamu jadi Aiman, apa pilihan kamu? Kenapa?

Olahan situasi “Kesederhanaan Menjalin Kemesraan Sesama Jiran”, halaman 112–113 buku teks Pendidikan Moral Tahun 4. Visual dan suara dijana menggunakan AI. Bahan rangsangan PdPc.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group