Pendidikan Moral Tahun 4 Unit 11: Kerajinan
Video set induksi ini mengajak murid membincangkan usaha berterusan dalam kehidupan berjiran.
Esok Sajalah!
Aiman dan Farid menyediakan pasu daripada botol terpakai untuk taman kejiranan. Kerja belum selesai, tetapi kawan-kawan sudah menunggu di padang. Taman itu pula akan digunakan pagi esok. Apakah tindakan yang wajar?
Soalan perbincangan
- Kalau kamu jadi Aiman dan Farid, apa kamu akan buat? Kenapa?
- Bagaimanakah kita boleh membahagikan masa untuk bekerja dan bermain?
- Apakah kesannya jika tugas untuk kejiranan sering ditangguhkan?
Guru boleh menghentikan video selepas pertanyaan akhir dan meminta murid memberikan alasan. Bincangkan cara menyiapkan tugas, bekerjasama dan berehat dengan sewajarnya.
Rujukan: Buku teks Pendidikan Moral Tahun 4, halaman 94–95, “Usaha Berterusan Membawa Kesejahteraan”. Cerita diolah untuk PdPc. Visual dan suara dijana menggunakan AI.

Catat Ulasan