Pendidikan Moral Tahun 4 Unit 10: Kejujuran — Video Set Induksi “Telefon Siapa Ni?”

Pendidikan Moral Tahun 4 Unit 10: Kejujuran — Video Set Induksi “Telefon Siapa Ni?”


Pendidikan Moral Tahun 4 Unit 10: Kejujuran

Video set induksi ini mengajak murid membincangkan tindakan yang wajar apabila menemukan barang milik orang lain.

Telefon Siapa Ni?

Aiman dan Farid menjumpai telefon di atas bangku taman perumahan. Tiada pemilik kelihatan berhampiran. Farid mencadangkan mereka membawanya pulang dahulu. Apakah tindakan yang wajar?

Soalan perbincangan

  1. Kalau kamu jumpa telefon ini, apa yang patut kamu buat? Kenapa?
  2. Bagaimanakah kita boleh membantu mencari pemiliknya dengan selamat?
  3. Siapakah orang dewasa yang boleh diminta membantu?

Guru boleh menghentikan video selepas soalan akhir dan meminta murid menjelaskan pilihan mereka. Bimbing murid membincangkan kejujuran serta cara mendapatkan bantuan orang dewasa yang dipercayai.

Rujukan: Buku teks Pendidikan Moral Tahun 4, halaman 83. Situasi diolah untuk PdPc. Visual dan suara dijana menggunakan AI.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group