Guru-Guru, Bersedia! MyOPR Bakal Bawa Lebih Banyak Fungsi Percuma

Guru-Guru, Bersedia! MyOPR Bakal Bawa Lebih Banyak Fungsi Percuma

 


Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Setiap kali saya singgah ke mana-mana sistem yang dibangunkan sendiri dan melihat angka penggunaannya terus bergerak, hati jadi lain macam... bergelora, bertenaga, bersemangat dan terasa segala usaha itu benar-benar berbaloi.

Malam ini, perubahan besar-besaran akan berlaku pada MyOPR! Ini sebagai tanda penghargaan kepada semua warga pendidik yang menggunakan sistem ini setiap hari.

Sehingga saat ini, sistem yang simple, ringan dan mudah digunakan ini telah berjaya membantu menjana sebanyak 9,407 OPR oleh warga pendidik dari seluruh negara.

Alhamdulillah… ❤️

Dan apa yang bakal berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang mungkin akan membuatkan anda lebih seronok menggunakan MyOPR.

MyOPR selepas ini bukan lagi sekadar untuk jana OPR!

Beberapa modul baharu bakal ditambah, antaranya:
Jana Minit Mesyuarat, Carta Organisasi, Kertas Kerja dan banyak lagi ... malah sebahagiannya akan diperkasakan dengan bantuan AI!✨

Semuanya sudah sedia untuk dilancarkan…
Dannnnnn yang paling penting…

Sekiranya terdapat sedikit gangguan pada MyOPR bermula jam 12.00 malam ini, mohon bersabar ya. Kalau boleh, jana OPR anda pada esok hari.
Malam ini kita buat sedikit “housekeeping” dan naik taraf besar-besaran. 🛠️
Sabar menanti sesuatu yang lebih menarik…
MyOPR bakal berubah.
Dan kita… terus menyala! 🔥
#MyOPR 
#CikguSuffi 
#akademiyoutuber
#edufluencerskpm
#SKPangkalanTLDM 
#terusmenyala


BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.





Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group