1st time kami masuk Persada Inovasi Perkhidmatan Awam anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB).

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

1st time kami masuk Persada Inovasi Perkhidmatan Awam anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB).
Satu lagi pengalaman baharu dalam perjalanan kami dalam dunia inovasi.
Selama ini kami banyak menghasilkan inovasi. Ada yang bermula daripada masalah kecil di tempat kerja, kemudian kami fikir, kami cuba, kami ubah suai sampai akhirnya lahir satu solusi yang betul-betul membantu.
Tapi satu benda yang kami belajar…
Kalau inovasi kita tak pernah dibawa keluar untuk dinilai, kita sendiri sebenarnya tak tahu sejauh mana kekuatan inovasi tersebut.
Kadang-kadang kita rasa apa yang kita bangunkan tu dah cukup baik. Dah lengkap. Dah power.
Tapi kalau sekadar kita sendiri yang tengok, kita sendiri yang guna dan kita sendiri yang puji… takut-takut akhirnya jadi syok sendiri. 😅
Sebab itu kami suka cabar diri untuk bawa setiap inovasi keluar daripada zon selesa.
Kenapa perlu bawa inovasi ke peringkat macam ni?
Sebab bila masuk pertandingan, pembentangan atau penjurian, barulah kita nampak…
Kat mana yang lebih.
Kat mana yang kurang.
Kat mana yang kita rasa dah hebat, rupa-rupanya masih boleh diperbaiki.
Dan kat mana sebenarnya kekuatan inovasi kita yang sebelum ini kita sendiri tak sedar.
Itulah proses belajar.
Jangan takut.
Jangan bimbang.
Jangan terlalu fikir menang atau kalah.
Cabar diri untuk teroka dunia baharu bagi setiap inovasi yang kita hasilkan.
Setiap kali kita bentangkan kepada orang lain, setiap kali juri bertanya dan setiap kali kita melihat inovasi peserta lain… pasti ada sesuatu yang boleh kita bawa pulang.
Alhamdulillah, untuk penyertaan kali ini, inovasi kami berjaya tersenarai dan layak melangkah ke peringkat akhir Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2026.
Bagi kami, ini satu pengalaman yang sangat bermakna.
Lebih menarik apabila dapat berada bersama kumpulan-kumpulan inovasi hebat yang hadir dari seluruh negara. Masing-masing datang membawa idea, usaha dan cerita perjuangan mereka sendiri.
Menang itu bonus.
Tetapi keberanian untuk mencuba, belajar, menerima pandangan dan memperbaiki inovasi itu sebenarnya jauh lebih besar nilainya.
Doakan semoga kejayaan mengiringi kami dan semua kumpulan yang hadir dari seluruh negara. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang sesi penjurian.
Apa pun keputusan nanti…
Kami dah berani melangkah satu tapak lagi ke hadapan.
Terus mencuba.
Terus belajar.
Terus berkarya.
Terus Menyala! 🔥
#PersadaInovasiPerkhidmatanAwam
#InstitutAminuddinBaki
#InovasiPendidikan
#InovasiPerkhidmatanAwam
#CikguSuffi
#TerusMenyala
#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara

Catat Ulasan