Hanya yang kental akan terus kekal!
Memang bermula dari asas.
Sampai buka akaun Gmail pun dibimbing satu persatu.
Alhamdulillah, malam ini berkelapangan berada di atas satu pentas bersama mentor-mentor hebat dalam kelas rasmi pertama bersama #adikberadikAYU Ambilan 2026.
Benar, ramai yang berminat.
Tetapi tidak semua ada kekuatan.
Tidak semua ada kelapangan masa.
Tidak semua mampu mengekalkan semangat yang membara.
Hanya yang benar-benar kental akan mampu meneruskan perjalanan ini hingga ke garisan penamat.
Sebab itu, apabila disebut graduan AYU, mereka berada pada satu tahap yang berbeza. Bukan sekadar memiliki sijil, tetapi setiap sijil itu ada cerita, ada proses dan ada kemahiran yang telah didengar, dicuba, diuji lari, dipraktikkan dan yang paling mahal, disahkan keupayaannya oleh mentor-mentor.
Insya-Allah, tidak akan ada graduan AYU yang apabila diminta melaksanakan tugasan, jawabnya tidak tahu, sudah lupa, sudah lama tinggal atau pelbagai alasan lain.
Kalau ada juga yang begitu, mungkin sijil itu perlu disemak semula keasliannya.
Sebenarnya, tugasan itu tidaklah terlalu berat. Yang lebih berat ialah penilaian terhadap hasil kerja, kerana di situlah kualiti benar-benar dijaga dan dipastikan terus terjamin.
Tahniah kepada semua yang terus melangkah.
Terus menyala!
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
Catat Ulasan