Alhamdulillah... Mereka hadir kerana jiwa.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Malam ini saya diberi kesempatan untuk berada sekonti dengan insan-insan hebat, mentor-mentor Akademi Youtuber yang terus setia membimbing guru-guru dari seluruh Malaysia dalam satu pengembaraan besar sebagai pencipta kandungan digital pendidikan.
Sungguh, nilai mereka bukan kecil.
Kalau hendak dibayar dengan harga sebenar, mungkin tidak mampu kita mengukurnya. Mereka bukan calang-calang orang. Ramai antara mereka pernah berdiri di pentas kebangsaan dan antarabangsa, membawa nama dunia pendidikan melalui karya digital, inovasi dan kreativiti tanpa henti.
Namun di AYU, mereka hadir bukan kerana bayaran.
Alhamdulillah...
Mereka hadir kerana jiwa.
Sejak Julai 2020, mereka terus menyumbang, membimbing, memimpin dan menyalakan semangat guru-guru lain secara percuma. Tanpa banyak alasan. Tanpa mengira penat. Tanpa menunggu penghargaan.
Kerana di sinilah roh AYU terbina... terima kasih semua!
Sendirian kita biasa, bersama-sama kita jadi luar biasa. Terus Menyala!
#akademiyoutuber
#AdikBeradikAYU
#terusmenyala
#cikgusuffi
#edufluencerskpm
#EdufluencersPerak
#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Catat Ulasan