🎓 Tutorial 3 ~ Admin RuangPro 360 : Tambah Bilik Khas Pertama Anda

🎓 Tutorial 3 ~ Admin RuangPro 360 : Tambah Bilik Khas Pertama Anda

🎓 Tutorial 3 RuangPro 360
Tambah Bilik Khas Pertama Anda


Selepas berjaya login ke Dashboard Admin, langkah seterusnya ialah menambah bilik khas untuk membolehkan tempahan dibuat.

📌 Langkah 1 – Masuk Menu Pengurusan Bilik

Di Dashboard Admin, klik:
🏫 Pengurusan Bilik
Anda akan dibawa ke halaman senarai bilik.

Jika belum ada bilik, paparan akan kosong.

📌 Langkah 2 – Klik “Tambah Bilik”
Tekan butang:
➕ Tambah Bilik

Kemudian isi maklumat berikut:
Nama Bilik
Contoh: Makmal Komputer 1

Keterangan
Contoh: Makmal komputer dengan 30 unit PC

Waktu Operasi (buka & tutup)
Gambar bilik (5 Keping yang paling wow!)

📌 Langkah 3 – Muat Naik Gambar
Jika anda upload gambar:
✔ Gambar akan disimpan dalam folder organisasi masing-masing. 

📌 Langkah 4 – Simpan

Klik Simpan

Jika berjaya, bilik akan muncul dalam senarai bilik.

Sekarang bilik tersebut sudah boleh ditempah oleh guru atau pengguna sekolah.

🎯 Apa Berlaku Seterusnya?

Selepas bilik ditambah:
Pengguna boleh pilih tarikh
Pilih masa mula dan tamat
Sistem akan semak pertindihan masa secara automatik. 

Terima Kasih! 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group