Tak ada backdrop untuk majlis yang akan berlangsung?

Tak ada backdrop untuk majlis yang akan berlangsung?


Apa pula masalah yang dia nak selesaikan ni?

Saya suka berdepan dengan masalah dan menyelesaikan masalah, tetapi itu tidak bermakna saya suka mencari masalah...

Masalahnya, dalam keadaan kelam-kabut, kadang-kadang kita tak sempat itu dan tak sempat ini. Dan kali ini, kita cuba selesaikan satu masalah yang sangat biasa berlaku:

“TAK ADA BACKDROP UNTUK MAJLIS YANG AKAN BERLANGSUNG.”

Tanpa mempedulikan apa jua alasan, sama ada kecemasan atau tidak, kali ini tiada lagi alasan untuk majlis tanpa backdrop. Sistem ini mampu menjadi jalan pintas untuk kita saling berganding bahu menyelesaikan masalah semasa dan memastikan setiap majlis berjalan dengan lancar.

Perkenalkan "BackdropGuru" , sistem yang saya bangunkan dengan konsep minimalis, mudah digunakan dan mesra untuk pelbagai peringkat usia.

Sistem ini membolehkan semua guru di Malaysia berkongsi backdrop yang telah dibina atau dijana dengan guru lain di seluruh negara. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya sedang membantu rakan-rakan guru yang berada dalam situasi kecemasan.

Ciri-ciri sistem:

1. Warga pendidik hanya perlukan beberapa saat untuk menjadikan skrin besar tidak lagi kosong dengan memilih backdrop sedia ada yang dikongsikan oleh rakan guru dari seluruh negara.

2. Hanya satu klik, backdrop akan dipaparkan secara full screen. Pengguna tidak perlu menyimpan semuanya kerana koleksi akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

3. Sekiranya guru mempunyai backdrop yang menarik, kongsikan dengan dunia supaya ia menjadi amal jariah apabila dimanfaatkan oleh orang lain.

4. Setiap backdrop yang dikongsi akan memaparkan nama pemilik serta jumlah tontonan yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

5. Dengan hanya satu borang carian, anda boleh mendapatkan backdrop aktiviti dengan sepantas kilat.

Belum dilancarkan sepenuhnya, tetapi sudah boleh mula diuji lari.
Ada yang nak cuba? Atau nak jadi antara yang terawal menyumbang backdrop untuk kegunaan ramai? 


Masalah ini diselesaikan secara PERCUMA untuk anda semua, terus menyala! 

#TerusMenyala
#akademiyoutuber 
#edufluencersperak 
#edufluencerskpm 
#cikgusuffi
#kitabantukita
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group