Biar jalan berliku, berbukit-bukau, asalkan tiada duri yang merintangi laluan…

Biar jalan berliku, berbukit-bukau, asalkan tiada duri yang merintangi laluan…



Biar jalan berliku, berbukit-bukau, asalkan tiada duri yang merintangi laluan…


Alhamdulillah, semalam saya mendapat rezeki bertemu dengan Tuan Pengarah JPN Perak yang baharu, YBrs. Encik Zulkafli Mohamed Mokhtar Zulkafli dalam Perhimpunan Bulanan Kali Ke 10 25, JPN Perak. 

Majlis ini sangat istimewa kerana inilah perhimpunan pertama Tuan Pengarah selepas dipantik menjadi Pengarah JPN Perak baru-baru ini.


Majlis berlangsung dalam suasana yang harmoni dan ada ketikanya cukup menyentuh perasaan... dengan doanya, apresiasi terhadap setiap warganya, serta bait-bait ucapan Tuan Pengarah yang benar-benar terpahat dalam ingatan. 


Nak tahu apa dia? Yang pertama sudah saya kongsikan di bahagian atas… yang kedua pula:

Tuan Pengarah mengumpamakan dirinya sebatang pohon yang sentiasa melindungi dan memayungi semua, namun pohon itu jangan sesekali diracun (dikhianati), bimbang rantingnya jatuh menimpa diri sendiri.

Sangat mendalam bait ucapan ini. Begitulah juga halnya bagi sesiapa yang mengetuai sesebuah pasukan atau organisasi. Pastinya kita inginkan kelancaran dan kesefahaman, kerana sebuah kapal tidak akan sampai ke destinasi andai ada yang mengkhianati keputusan nakhoda.


Untuk apa pula saya ke sini? Hehe… seperti biasa, demam MTP2025 masih belum berakhir. Terima kasih kepada Sektor Pembelajaran JPN Perak, khususnya Cik Nisa Kamaruddin , yang memberi peluang merakam memori indah ini bersama Tuan Pengarah yang baharu.

Terus menyala warga pendidikan negeri Perak. Kita memiliki barisan pemimpin hebat  di sekolah, di PPD, di JPN sampai ke KPM. Semuanya dengan matlamat yang jelas... kemenjadian murid, kemenjadian guru, dan kegemilangan dunia pendidikan yang kita cintai.

Berjumpa dengan insan-insan hebat ini sebenarnya rezeki... murah rezeki saya kali ni dapat jumpa Cikgu Mann Far East , Siti Norhaidza Adura , Shahir Adnan Alhamdulillah. 


Terima kasih semua! Kejayaan ini milik kita semua. 

#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group