Akademi Youtuber dipilih oleh pihak Pandai sebagai rakan kerjasama strategik
Tahun 2025 kita tutup tirai pencapaian dengan satu berita yang cukup manis....
Akademi Youtuber dipilih oleh pihak Pandai sebagai rakan kerjasama strategik... satu pengiktirafan yang hadir selepas lima tahun AYU diasaskan, dan menjadi tanda bahawa usaha kita selama ini benar-benar membuahkan hasil...
Saya percaya pemilihan ini lahir daripada pencapaian serta komitmen konsisten para Youtuber AYU yang sejak awal penubuhan hingga ke hari ini tidak pernah berhenti menyumbang dengan penuh dedikasi.
Ini adalah kejayaan semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung khususnya murid, guru dan ibu bapa yang sentiasa menyokong youtuber pendidikan yang dilahirkan AYU.
Hasil kerjasama bersama pihak Pandai ini bakal melahirkan sesuatu yang istimewa sebagai buah tangan sulung yang akan menemui anda sebagai pembuka tirai 2026 pada Januari nanti. Apa dia??? Bersama kita nantikan...
Tahniah #adikberadikAYU , Tahniah semua penyokong... tanpa anda AYU belum tentu sampai ke tahap ini.
#TerusMenyala
#akademiyoutuber
#edufluencersperak
#edufluencerskpm
#cikgusuffi
#kitabantukita
@highlight
Catat Ulasan