Hadiah terbaik untuk anak-anak bangsa sempena Hari Malaysia
Kami adalah Kementerian terakhir membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 bertujuan mewajibkan pendidikan menengah pada hari terakhir persidangan Dewan Negara. Ia menyusul selepas RUU sama diluluskan di Dewan Rakyat.
Jika ada hadiah terbaik untuk anak-anak bangsa sempena Hari Malaysia, saya fikir pindaan ini adalah hadiah besar untuk mereka.
Selepas 22 tahun beda antara Dasar Pengoperasian Pendidikan Rendah Wajib dengan yang terkini, ternyata ia adalah satu evolusi yang panjang.
Tidak terbayang seluruh pasukan Kementerian Pendidikan (KPM) berhempas pulas melaksanakan semua sesi libat urus dan memastikan proses ini berlangsung dengan baik.
Pendidikan adalah 'birth right' anak-anak kita. Perjuangan memastikan akses pendidikan berkualiti untuk anak bangsa adalah tanggungjawab Kerajaan yang mesti dibereskan.
Tiada siapa yang harus dipinggirkan daripada hak mendapat pendidikan. Malah sebagaimana yang sentiasa didukung dalam konteks komitmen, 'it takes a village to raise a child'.
Terima kasih buat semua yang telah mendukung dan memastikan RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 bertujuan mewajibkan pendidikan menengah ini menjadi kenyataan!
Demi masa hadapan yang lebih baik, demi Malaysia.
#MADANIBekerja
Catat Ulasan