Edufluencers Perak & Tuan Pengarah: Sebuah Cerita Kasih, Dedikasi dan Inspirasi

Edufluencers Perak & Tuan Pengarah: Sebuah Cerita Kasih, Dedikasi dan Inspirasi

Alhamdulillah, dengan izin Allah, satu majlis penghargaan berjaya dianjurkan khusus buat Pengarah JPN Perak, Tuan Safuan Haji Rabaai, menjelang persaraan beliau pada bulan Oktober nanti.

Video 📷 : Tonton


Saya bersama pasukan urusetia telah menggembleng tenaga menjayakan program ini yang dicadangkan oleh PIC kesayangan Edufluencers Perak, Cik Nisa, Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran JPN Perak. Semangat kerjasama dan keikhlasan seluruh warga EF menjadi nadi utama kelancaran majlis ini.

Dalam majlis yang penuh bermakna ini, saya juga berpeluang membentangkan program Edufluencers sepanjang tahun kepada Pengarah dan Timbalan. Ia menjadi ruang untuk kami menzahirkan segala usaha, pencapaian serta peranan Edufluencers dalam menggerakkan perubahan pendidikan di negeri ini.


Majlis kali ini turut menjadi simbolik kepada pertemuan terakhir kami bersama Tuan Pengarah, yang bakal bersara tidak lama lagi. Kehadiran beliau bersama isteri, serta Dr. Mior Hamdan, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran bersama isteri, memeriahkan lagi suasana dengan penuh rasa kekeluargaan.


Edufluencers Negeri Perak kini memiliki kekuatan seramai 75 orang ahli, diterajui oleh barisan AJK dengan pelbagai latar belakang dan kepakaran. Malah, Perak merupakan negeri yang paling ramai terpilih dalam pencarian Edufluencers 4.0 Kementerian Pendidikan Malaysia. Sepanjang tempoh ini juga, lebih daripada 10 program peringkat JPN dan KPM telah mendapat khidmat bantu daripada para Edufluencers Perak.


Dalam kesempatan ini juga, kami menyampaikan harapan agar Edufluencers Negeri Perak terus proaktif membimbing, berkongsi kreativiti dan memberi inspirasi kepada murid, guru dan ibu bapa. Semoga legasi ini berterusan dan terus memberi impak positif kepada pendidikan negeri Perak.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Edufluencers yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Anda semua adalah kekuatan dan kebanggaan saya.

Edufluencers Perak Terus Mara! ❤️


Akhir kata, bagi pihak seluruh warga Edufluencers Negeri Perak, saya mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Pengarah. Semoga persaraan ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan keberkatan hidup bersama keluarga tercinta. Kami mendoakan agar segala jasa, budi dan kepimpinan Tuan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta terus dikenang dalam sejarah pendidikan negeri Perak.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group