APC bukan titik henti, tetapi suntikan positif dalam diri

APC bukan titik henti, tetapi suntikan positif dalam diri


APC bukan titik henti, tetapi suntikan positif dalam diri


Syukur & Penghargaan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PPD Manjung

15 Ogos 2025 akan sentiasa terpahat dalam memori saya. Semalam, tepat jam 5.00 petang, saya berdiri di Dewan SJKC UK ING, Sitiawan, menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), satu penghormatan yang dihadiri dan dirasmikan oleh YB Encik Khairuddin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.


Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Encik Safuan bin Haji Rabaai, PPD Manjung, Tuan Haji Musa bin Hamid, serta Guru Besar SK Pangkalan TLDM, Encik Rohaizan bin Mohamed Hanif.

Majlis ini meraikan 331 orang penerima yang terdiri daripada warga pendidikan di Daerah Manjung. Dari SK Pangkalan TLDM, kami seramai 8 orang guru hadir bersama untuk menerima anugerah pada tahun ini, satu detik penuh kebanggaan yang mengangkat nama sekolah di pentas kecemerlangan daerah.


Ini adalah anugerah APC kedua dalam perkhidmatan saya dan bagi saya, setiap kali anugerah ini singgah di tangan, ia bukan sekadar pengiktirafan. Ia adalah isyarat amanah yang lebih besar, tanda kepercayaan yang lebih tinggi, dan cabaran yang lebih hebat untuk saya pikul. APC ini umpama suara yang berbisik, “Apa lagi yang lebih besar untuk dunia pendidikan yang mampu kamu lakukan".


Insya-Allah, selagi kudrat dan semangat ini masih ada, akan sentiasa ada sesuatu yang lebih besar saya lakukan demi amanah ini.


Seperti yang ditekankan dalam ucapan YB Khairuddin, APC bukan alasan untuk kita berhenti atau merasa selesa dengan pencapaian yang ada. Sebaliknya, ia adalah tanda seru untuk melangkah lebih jauh, meningkatkan prestasi, dan memacu momentum kecemerlangan pada tahun-tahun mendatang.



Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

1. Barisan pentadbir SK Pangkalan TLDM yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan.

2. Pejabat Pendidikan Daerah Manjung atas pengiktirafan dan bimbingan berterusan.

3. Unit Sumber & Teknologi Pendidikan (USTP), PPD Manjung yang sentiasa membantu memperkukuh inovasi pembelajaran.

4. Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Perak atas panduan dan dorongan.

5. Sektor Pembelajaran, JPN Perak yang sentiasa menggerakkan agenda pendidikan negeri.

6. Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas kepercayaan dan sokongan strategik.

7. Delivery Management Unit (DMU), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang banyak membuka ruang kerjasama dan pembangunan.

8. Jabatan Pengurusan Inovasi dan Kualiti, Pusat Dasar dan Inovasi, Institut Aminuddin Baki (IAB), KPM atas sokongan terhadap inisiatif dan idea baharu.

9. eDidik Malaysia sebagai platform sokongan pendidikan digital.

10. Akademi Youtuber Malaysia yang menjadi medan kolaborasi ilmu dan inspirasi.

11. Kelab Guru Malaysia yang sentiasa menghubungkan dan menyatukan warga pendidik.


Penghargaan istimewa ini juga saya tujukan buat isteri tercinta dan keluarga tersayang penyokong setia yang menghadiahkan bantuan kekuatan, merelakan masa keluarga diambil demi memartabatkan profesion keguruan. 


Al-Fatihah buat arwah ayahanda Cikgu Yusof bin Shaari, sumber kekuatan dan inspirasi saya dalam dunia pendidikan. Segala amal baik yang dilakukan saya dedikasikan sebagai hadiah agar pahalanya terus mengalir buat beliau. Semoga Allah SWT merahmati rohnya serta mengurniakan kekuatan kepada keluarga untuk terus istiqamah meneruskan perjuangan ilmu ini.

Buat ibu tercinta yang tidak putus berdoa, menjadi benteng kukuh di setiap langkah, serta sahabat handai yang sentiasa ada, di kala suka mahupun duka.


Semoga penghargaan ini menjadi suntikan semangat untuk saya terus berkhidmat dengan penuh iltizam, demi kemajuan pendidikan di Daerah Manjung dan Negeri Perak tercinta.

Segala yang kita terima adalah dengan izin dan redha Maha Pencipta Allah S.W.T.

Tanpa-Nya, tiada daya, tiada upaya, tiada satu pun yang menjadi milik kita. Maka, kepada-Nya jualah kita kembalikan segala pujian. Alhamdulillah... Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.



#TerusMenyala
#akademiyoutuber 
#edufluencersperak 
#edufluencerskpm 
#cikgusuffi
#kitabantukita  
#AdikBeradikAYU 
#RedhoRedah
#eheynsperak
#PerakSejahtera2030
#BelangTarungTigaWarna
#belanjauntuksemua
#SilVerToGoLd
#segalanyademinegeriperak
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group