Rekod : Hari ini genap 2,000 Followers dengan 22,700 Like!

Rekod : Hari ini genap 2,000 Followers dengan 22,700 Like!



Sekadar untuk menghargai insan hebat yang sentiasa view, follow, like, repost dan share karya-karya saya di TikTok. Semoga segala kata-kata nasihat dan peringatan dapat memandu kita menjadi seseorang yang lebih baik daripada yang sebelumnya. 

Segala kata-kata semangat dan inspirasi ini sebenarnya datang sepontan yang merupakan kata-kata nasihat, motivasi dan kadang-kadang dalam bentuk amaran untuk diri sendiri. 

Orang lain mungkin hanya akan menontonnya sekali sekala, tapi pemilik karya akan melihatnya hari-hari. Inilah kaedah motivasi diri untuk sentiasa berada dalam landasan yang betul. 


Sekiranya ada para penonton yang terinspirasi dengan kata-kata ini, ianya adalah satu bonus! Kerana mampu menyuntik semangat untuk orang lain juga. 

Terima kasih semua, terima kasih kerana terus menyokong karya sederhana yang jika dimanfaatkan akan menjadikan impaknya luar biasa. Terus setia, insyaAllah akan dibawakan cerita-cerita yang bersifat malar segar untuk semua... 

Sepanjang hidup kita ada 1001 cerita, ada diantaranya sangat berguna untuk generasi seterusnya. Ayatnya mungkin sama, tetapi maksudnya pasti berbeza.

Terus menyala! 



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top
Join Our Group