Aktiviti belakang tabir sempena Town Hall Pemantapan Pendidikan Digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Zon Tengah Tahun 2025
Seharian di Ipoh: Antara Slide, Raptai dan Pertemuan Tak Terduga 🎤📽️
Hari ini seharian saya di Ipoh. Pagi-pagi lagi dah buka laptop di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Perak. Suasana tenang, kopi panas, dan fokus 200% untuk menyiapkan bahan. Bila mata dah mula rasa berat tengah hari, saya pun beralih ke Hotel Casuarina, lokasi utama berlangsungnya sebuah majlis berprestij yang sangat saya nantikan.
Sampai je di sana, terus terlibat dalam sesi raptai penuh. Ramai yang dah siap sedia, semua nampak ‘on point’ dengan peranan masing-masing. Dalam masa yang sama, saya masih bertungkus lumus menyiapkan slide pembentangan, touch-up sana sini, pastikan semuanya lancar.
Terima kasih tak terhingga buat Cik Nisa atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk saya menyumbang khidmat kecil ini. Setiap pengalaman begini tak pernah saya anggap biasa-biasa... kerana dari sinilah, saya belajar, berkembang, dan menyimpan memori yang indah dalam perjalanan sebagai pendidik.
Kali ini, saya tak keseorangan. Turut bersama ialah Cikgu Joan, seorang guru Bahasa Inggeris yang bukan sahaja petah bercakap, tapi juga sangat hebat melukis! Serius, lukisan-lukisan dia memang boleh masuk galeri. Sambil sama-sama sibuk dengan persediaan, terasa ringan sikit beban... bila ada rakan seperjuangan yang sehati dan sefikiran.
Tengah leka buat kerja, tiba-tiba dari kejauhan terdengar suara memanggil…
"Suffi!!!"
Tersentak sekejap. Pandang kiri kanan. eh, rupanya Kak Umaimah pun ada! Lama tak jumpa! Rasa macam reunion kecil-kecilan. Kak Umaimah juga terlibat dengan salah satu slot pembentangan, dan hari ni hadir untuk raptai. Sungguh tak sangka dapat bertemu ramai wajah hebat dalam satu hari.
Yang ada hari tu bukan calang-calang... semua pembentang dan penyumbang hebat, penuh pengalaman dan aura tersendiri. Majlis ni memang bukan biasa-biasa.
Cuma sayangnya, pada hari kejadian nanti saya tak dapat bersama… kerana saya akan meneruskan program yang telah lama dirancang dengan anak-anak krew TV PSS Manjung. Mereka juga sedang bersiap untuk menyertai FesDLa 3.0, dan saya berpegang pada janji serta komitmen yang telah dibuat sejak awal.
Gambar oleh EF. Mardiana KamilApa pun, saya doakan semoga majlis nanti berjalan dengan lancar, dan semua yang terlibat akan bersinar dengan penuh keyakinan dan inspirasi. Kita semua sedang memainkan peranan masing-masing... sama ada di pentas besar, di belakang tabir, atau di dalam bilik sunyi menyiapkan video bersama murid.
Akhir kata…
Terus menyala!
Kerana setiap sumbangan yang ikhlas pasti akan meninggalkan kesan, walau kecil mana sekalipun.
#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara
Catat Ulasan