Ujaran Kebencian: Racun Senyap Pemusnah Keharmonian Masyarakat

Ujaran Kebencian: Racun Senyap Pemusnah Keharmonian Masyarakat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Ujaran Kebencian: Racun Senyap Pemusnah Keharmonian Masyarakat




Ujaran kebencian merupakan satu bentuk komunikasi yang mengandungi kata-kata atau mesej yang bersifat negatif, menghina, atau memfitnah terhadap individu atau kumpulan tertentu. Ia boleh berlaku dalam pelbagai medium, termasuk media sosial, platform komunikasi digital, atau secara langsung dalam kehidupan seharian. Kesan daripada ujaran kebencian bukan sahaja mencederakan emosi mangsa tetapi juga boleh mencetuskan konflik dan ketegangan dalam masyarakat.



Kami berpeluang menghadiri bengkel Edufluencers X LEARN di bawah inisiatif Kementerian Luar Negeri Malaysia, satu inisiatif penting yang bertujuan untuk mendidik masyarakat, terutamanya para pendidik, mengenai bahaya ujaran kebencian. Melalui bengkel ini, kami mempelajari tentang kesan dan akibat ujaran kebencian, termasuk bagaimana ia boleh merosakkan keharmonian masyarakat, menyebabkan gangguan emosi, dan mendorong tindakan ganas.





Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan mengenai punca-punca keganasan dan ekstremis dalam masyarakat. Salah satu aspek yang diketengahkan ialah bagaimana buli, yang sering dianggap sebagai isu remeh, sebenarnya boleh menjadi punca kepada radikalisasi dan tindakan keganasan jika tidak dibendung dari awal.




Edufluencers memainkan peranan penting dalam mengharmonikan kehidupan masyarakat dengan menyebarkan mesej positif, mendidik tentang kesedaran ujaran kebencian, dan mempromosikan nilai-nilai hormat-menghormati. Sebagai Edufluencers, kami tidak hanya berperanan sebagai penyampai ilmu, tetapi juga sebagai agen perubahan sosial yang membantu mengurangkan ketegangan melalui pendidikan.




Tugas khas menanti yang perlu kami siapkan dari semasa ke semasa adalah memastikan mesej kesedaran tentang ujaran kebencian terus disebarkan kepada pelajar dan masyarakat umum. Dengan ilmu dan pendedahan yang diperoleh melalui bengkel ini, kami yakin dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan bebas daripada budaya kebencian.



Program ini sangat sesuai dijalankan dengan melibatkan lebih ramai peserta kerana kita kadang-kadang ada yang tidak menyedari tindakan itu mengundang atau terjerumus dalam kategori Ujaran Kebencian disebabkan orang sekeliling berperilaku demikian. Namun bila berada dalam kumpulan yang positif baru kita menyedari semua itu yang menjadikan kita sering mencetus isu Dan membangkitkan kemerahan orang lain. Tahniah DMU, KPM Dan team LEARN dari Kementerian Luar. Terbaik!    

#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara

BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top