Akademi Youtuber : Lima Tahun Melahirkan Bintang, S-PAY Terus Berinovasi dan Berkhidmat!
Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU) dilancarkan pada Julai 2020 dengan matlamat untuk melahirkan bintang-bintang pencipta kandungan digital dalam kalangan guru. Dalam tempoh lima tahun, AYU telah berjaya mencipta sejarah dengan melahirkan ramai pencipta kandungan yang bukan sahaja aktif tetapi turut merangkul anugerah di pelbagai peringkat.
Kejayaan ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia disokong oleh satu sistem pengurusan ahli yang dikenali sebagai S-PAY. S-PAY bukan sekadar sebuah sistem pengurusan, tetapi ia berfungsi sebagai buku rekod pencapaian cemerlang bagi setiap ahli AYU. Setiap pencapaian mereka direkodkan dengan teliti, menjadikan S-PAY bukti sahih kehebatan ahli dalam dunia penciptaan kandungan digital pendidikan.
Sistem ini berasaskan lima cabaran yang telah ditetapkan. Setiap ahli perlu menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang luar biasa untuk mengumpulkan lima Badge bernilai tinggi. Badge-badge ini bukan sekadar hiasan digital, tetapi lambang pengiktirafan pencapaian. Tanpa usaha gigih, mustahil untuk melengkapkan kelima-lima Badge ini.
Melalui S-PAY, setiap ahli dapat melihat pencapaian semasa diri sendiri serta pencapaian #adikberadikAYU yang lain. Sistem ini memastikan ketelusan dan kesahihan setiap Badge yang diterima. Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap penggunaan Badge, S-PAY menyimpan rekod lengkap yang boleh disemak pada bila-bila masa.
Dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan AYU sendiri, S-PAY telah membawa transformasi besar dalam dunia penciptaan kandungan digital bagi kategori pendidikan di Malaysia. Setiap ahli yang menyertai AYU tidak hanya menjadi pencipta kandungan, tetapi menjadi pakar yang diiktiraf dalam bidang mereka.
Catat Ulasan