5 Anugerah Kebangsaan: Hadiah Terindah Buat #AdikBeradikAYU Sempena Hari Guru 2025
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Setiap tahun, apabila ada ahli Akademi Youtuber (AYU) yang berjaya melangkah naik ke pentas kebangsaan, hati saya meluap-luap dengan perasaan gembira. Melihat mereka berdiri megah di sana, saya tahu itu bukan sekadar keberuntungan. Itu adalah hasil daripada segala usaha, ketekunan, dan pengorbanan yang mereka lalui.
Di AYU, kami adalah saksi hidup kepada perjalanan mereka. Kami melihat mereka bertungkus-lumus, belajar siang dan malam, merangkak sebelum berdiri teguh. Mereka bukan sahaja belajar menguasai kemahiran teknikal sebagai content creator, tetapi juga belajar erti kecekalan, kerjasama, dan daya tahan.
Mereka sebahagian daripada yang berjaya menamatkan lima cabaran yang ditetapkan mempunyai jiwa yang benar-benar kental. Lima cabaran ini bukan sekadar aktiviti, tetapi sebuah ujian kehidupan yang menyiapkan mereka untuk menghadapi dunia nyata. Setiap cabaran adalah satu pengalaman, satu pelajaran yang mengukuhkan jati diri mereka sebagai pendidik dan pencipta kandungan.
Pengiktirafan yang mereka terima di pentas kebangsaan adalah bukti pengorbanan mereka mencintai profesion perguruan. Mereka bukan sahaja mendidik di bilik darjah, malah berjaya membuktikan kemampuan guru Malaysia sebagai 'content creator' yang mampu menyebarkan ilmu dan inspirasi secara meluas.
Tahniah, anda selayaknya berada di sana. Kami, sebagai sebahagian daripada keluarga AYU, adalah saksi hidup yang melihat segala usaha dan air mata yang telah anda curahkan. Pengiktirafan ini adalah hak anda, hasil usaha anda.
Terus menyala semangat, kerana di AYU, sendirian kita biasa, tetapi bersama-sama kita menjadi luar biasa.
#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Catat Ulasan