Kerana Edufluencers saya temui kaedah siapkan video paling mudah dan pantas!
Ikhtiar terakhir untuk memastikan semua guru yang berminat untuk menyertai kempen pencarian Edufluencers dapat menghantar video mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Hari ini boleh dikatakan hari paling sibuk kerana selepas selesai majlis bersama dengan Menteri Besar Perak di Ipoh terus bergegas pulang untuk menyambung sesi perkongsian bersama dengan lebih 50 orang guru dari seluruh negeri Perak dalam program bimbingan akhir bagi menyiapkan video resume masing-masing.
Berkonsepkan santai, semenjak dua menjak ini saya sering terfikir apa kaedah yang boleh saya bantu supaya setiap guru menggangap membina video ini tidaklah begitu sukar sehinggakan saya bertemu dengan kaedah yang paling mudah, murah dan pantas!
Terima kasih semua insan terpilih yang hadir semalam, datang dengan segenggam impian, kami iringi dengan selautan harapan, insyaAllah pulang dengan 1001 kejayaan!
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Catat Ulasan