Guru Malaysia Raih Pengiktirafan Antarabangsa : Adobe Certified Professional untuk 30 Pendidik dari 4 Negeri (Zon Utara)

Guru Malaysia Raih Pengiktirafan Antarabangsa : Adobe Certified Professional untuk 30 Pendidik dari 4 Negeri (Zon Utara)


Selepas dua hari berkampung, akhirnya menduduki peperiksaan dan LULUS!




Adobe Certified Professional - After Effects (AE)

Rasanya banyak-banyak exam yang diduduki berkaitan digital, inilah yang paling terasa 50 Minit yang berlalu itu penuh dengan debaran setiap saat yang berdetik. 8 Soalan objektif, 22 Soalan lengkapkan task... panas kepala macam rasa nak demam. 60% lebih mencabar dari GCE Level 1 dan 2. Tapi seronok bila diberi peluang mendalami hampir 90% fitur yang ada di dalam AE yang sebelum ni sekadar guna dalam 50% saja untuk edit template.











Alhamdulillah.. akan dipanjangkan ilmu bernilai tinggi yang diterima sepanjang program Latihan Pembangunan Pakar Jauhari Digital Profesionalisme Keguruan (Developing Animated Content) Zon Utara oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Terima kasih KPM.



Masa ni hati dah dup dap dup dap... maklumlah dah lama tak ambil exam selepas GCE Level 2 hari tu... perjuangan diteruskan! 


Alhamdulillah Pass walaupun tak dapat markah penuh, ada beberapa soalan yang mengelirukan untuk bahagian Publishing dan Creating and Modifying Visual Elements. Markah yg diperlukan untuk lulus ialah 700, Markah penuh 1,000 dan kita dapat 963 markah... Syukur dan lega! 


Setiap yang lulus akan diberikan Sijil dan Badge pengiktirafan sebagai Adobe Certified Professional 

Tahniah juga buat Mohd Muktasim , Umamageswary Muniandy , Fatin Zulina ( #adikberadikAYU ) dan Pn. Siti Norhaidza Adura (SSTP, JPN Perak) yang turut lulus cemerlang! 


Berapa kos untuk menduduki ujian secara sendiri dari rumah? 


Sekiranya ada yang berminat untuk mencuba boleh berhubung dengan portal Certiport atau syarikat pengendali kursus bagi peserta yang akan menduduki ujian seperti EZ Cute Robots yang membimbing kami selama 4 hari 3 malam untuk kuasa perisian Adobe After Effects. 




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top