Bayangkan setiap kelas di Malaysia dilengkapi Smart Board, Apps AYU sedia dimanfaatkan.

Bayangkan setiap kelas di Malaysia dilengkapi Smart Board, Apps AYU sedia dimanfaatkan.





Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Walaupun sudah 4 tahun kita meninggalkan zaman PdPR, Apps AYU masih relevan sehingga hari ini kerana Apps ini menyaksikan kehebatan guru-guru Malaysia bertindak pantas apabila ilmu tidak dapat sampai secara nyata, kita bertungkus lumus sampaikan secara Maya. Apa yang paling menarik, semuanya secara PERCUMA! tanpa dana khusus daripada mana-mana pihak.

Sedang membayangkan satu hari nanti semua kelas di Malaysia dibekalkan dengan smartboard dan waktu itu video-video terbitan guru-guru hebat ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Masanya pasti tiba, bersama kita nantikan.

Berdiri bukan untuk meninggi diri,
Berlari bukan untuk mengejar populariti,
Sekadar berani untuk menguji kemampuan diri,
Demi untuk dunia pendidikan yang kami cintai.

Sudah Install? Ayuh! Install segera... 25,000 Video karya Guru Malaysia sedia untuk dimanfaatkan. Jumlah ini sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.akademiyoutuber.appname&pcampaignid=web_share

Sudah tonton video trailer ahli AYU yang baharu? sokongan kita mampu menyuntik semangat mereka untuk terbang lebih jauh dengan konten pendidikan yang bermutu tinggi!

Tonton sekarang : https://youtube.com/playlist?list=PLBQRdFmt_V3oVigkB6KOq9e9gCsXCW-Iz&feature=shared
 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top