AYU tekad lahirkan lebih ramai Guru Jauhari Digital di Malaysia
Tanpa sedar, Wacana ilmu bersama #AdikBeradikAYU lazimnya hampir atau lebih 2 jam secara langsung.
Alhamdulillah, anak kecil yang bernama AYU akan berusia genap 4 tahun menjelang julai 2024 nanti terus melangkah untuk melahirkan lebih ramai Guru Jauhari Digital yang akan memeriahkan dunia pendidikan di Malaysia.
Bila menonton kesemua video trailer yang mereka hasilkan saya rasa terlalu kecil sumbangan diri sendiri untuk dunia pendidikan. Banyak yang telah mereka lakukan sewajarnya didokumentasikan dalam bentuk video agar rakyat Malaysia terus berbangga memiliki guru-guru yang mendepani dunia khususnya dalam dunia pendidikan digital.
Belum tonton? lihat di sini :
Terus melangkah di Challenge 2 wahai insan terpilih, pencipta kandungan digital berkualiti tinggi terus menyumbang bakti.
Terima kasih Ketua Jurulatih AYU Zuly Rahimie Zulkfli
Terima Kasih barisan Mentor AYU
Tahniah!
Catat Ulasan