Habiskan RM10,000 untuk set peralatan rakaman Krew TV PSS, lihat senarai peralatan yang kita boleh dapat.

Habiskan RM10,000 untuk set peralatan rakaman Krew TV PSS, lihat senarai peralatan yang kita boleh dapat.


Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

CADANGAN PERALATAN RAKAMAN TERBAIK ( MINIMA )  UNTUK KEGUNAAN KREW TV PSS SEKOLAH / LENSA EDU PERAK



Baru-baru ini SK Pangkalan TLDM telah berjaya mendapat Anugerah Video Terbaik dalam Festival Digital Lensa Edu Perak (FesDLA) Anjuran SSTP JPN Perak. Alhamdulillah ramai yang memberi maklumbalas yang sama iaitu seperti menonton rancangan Majalah 3 merujuk kepada kupasan video 'Memburu Si Mata Biru'

Susulan daripada kemenangan itu ada yang bertanya berkaitan kamera dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan video berkualiti seumpama itu. Di kesempatan yang ada ini saya ingin berkongsi beberapa peralatan asas rakaman yang kami gunakan semoga dapat memberi idea kepada pentadbir sekolah dapatkan keperluan TV PSS masing-masing. 

1. KAMERA & AKSESORI 



+ Sony Digital Camera ZV-1 Sony ZV1 https://s.shopee.com.my/5AWivRsdIf 


+ Ulanzi BG-2 BG-3 BG-4 PowerBank Handgrip - https://s.shopee.com.my/6V26YxU0GY

* Wajib beli PowerBank Handgrip dan Dummy Battery untuk kita tidak lagi perlu fikir masalah kehabisan bateri semasa moment penting terlepas rakaman disebabkan sibuk tukar bateri. Setakat ini, untuk kapasiti 10,000mAh boleh rakam dua event tanpa perlu charge. Jangan lupa gunakan juga storan 128GB ke atas, bateri penuh tidak bermakna seandainya memori kad penuh!. 



+ Ulanzi UURig R054 Dedicated Metal Floor Expansion Bracket For Sony ZV-1 - https://s.shopee.com.my/1B0aDEdlLi




+ KingMa NP-BX1 Dummy Battery with USB-A Power Adapter DC Coupler For Sony ZV-1 - https://s.shopee.com.my/4KxbzCjnOJ

Saya mencadangkan kamera ini sebagai spesifikasi yang paling minima kerana kualiti gambar, video, kawalan cahaya yang mudah, kecepatan fokus, kecil, ringan dan mudah dikendalikan. Kamera ini sangat sesuai digunakan di sekolah kerana kita sentiasa perlu berada dalam keadaan bersedia dan kamera ini mampu melaksanakan tugas berdasarkan situasi di sekolah yang sentiasa memiliki program menarik untuk direkodkan. Saya bermula dengan DSLR ( Masih digunakan sehingga sekarang oleh krew kelab fotografi) kemudian beralih kepada Action Cam seperti SJ Cam ketika itu. Tidak berhenti di situ terus beralih mengikut peredaran teknologi semasa kepada DJI OSMO+ kombinasi kamera dengan gimbal di awal kehadiran teknologi gimbal ketika itu. Masih tidak dapat memenuhi keperluan dari aspek memudahkan guru sehinggalah saya mendapatkan Sony ZV-1 dan sehingga kini saya berpuas hati dengan kualiti dan memudahkan urusan waima dalam situasi kecemasan. Untuk melihat output boleh merujuk himpunan video yang saya terbitkan untuk SKPTLDM di youtube. 

2. MINI TRIPOD



+ JJC TP-F2 Portable Tripod with Remote Control Pan Bar Handle Replace VCT-VPR1  - https://s.shopee.com.my/8KTkkkyuzT



+ JJC TP-S2 Remote Control Mini Tripod Grip Replace GP-VPT1 for Camera Sony ZV1 - https://s.shopee.com.my/9ez8LIrYXc

Mini Tripod sangat berguna untuk rakaman sesebuah program yang agak lama dapat meringankan bebanan tangan mengawal kestabilan dalam tempoh yang agak lama. Selain daripada itu juga sesuai untuk sesi wawancara atau rakaman mesyuarat.

3. WIRELESS MIC / LAVALIER MIC



+ Saramonic Blink 500 ProX B2/B1 https://s.shopee.com.my/2q8o8lpPyy 



+ Saramonic Blink 500 B2 2-Person Wireless Clip https://s.shopee.com.my/3L54v1gn4g


BOYA Shotgun Smartphone Video Recording Microphone BY-MM1 https://s.shopee.com.my/5AWj9DV7Ga
Video yang cantik akan kelihatan cacat seandainya tidak disusuli dengan kesan audio yang jelas dan sedap didengar. Oleh yang demikian saya mencadangkan untuk gunakan Wireless Mic yang disertakan dengan Lavalier Mic keluaran Saramonic yang sudah saya buktikan hasilnya sangat berbaloi. Walaupun terdapat yang jauh lebih murah di pasaran, apabila dibandingkan sudah pasti perbezaannya sangat jelas. Peranti ini juga boleh digabungkan terus dengan kamera yang dicadangkan di atas tanpa sebarang masalah. Support dia pun best! Tengok sini.,


4. TRIPOD -



+ Professional Photographic Zomei Q666 Travel Compact Aluminum Magnesium Alloy Tripod Monopod Ball Head  - https://s.shopee.com.my/6KigOwZ0jk

Tripod dan Monopod 2 in1 ini sangat berguna untuk majlis besar di sekolah yang memerlukan sesi rakaman atau pengambilan gambar yang lama dan banyak. Tripod digunakan apabila rakaman memerlukan kestabilan dan statik dalam tempoh yang lama manakala monopod digunakan untuk pergerakan angle dari semasa ke semasa. Jika keduanya boleh digunakan pada satu masa sudah pasti dapat memenuhi keperluan di sekolah. 

5. STABILIZER -



+ Zhiyun Crane M3S / Crane M3 S Combo 3-Axis Handheld Gimbal  - https://s.shopee.com.my/7pXUBujuUf

Walaupun kamera telah diperkayakan mutu dengan binaan dalaman yang anti-gegar namun tetap memerlukan sokongan daripada tangan dan lutut anda untuk dapatkan hasil yang menakjubkan!. Orang tidak nampak kesungguhan anda, namun ianya sangat meletihkan. Serahkan keletihan tersebut kepada Stabilizer Chiyun Crane dan anda boleh jalankan tugas dalam keadaan santai dengan hasil rakaman yang tetap menakjubkan! Sangat sesuai untuk majlis besar seperti merakam pergerakan masuk tetamu ke majlis rasmi, kunjungan, lawatan dan apa juga program yang memerlukan anda merakam moment yang dalam pergerakan. 


Xtra Power!  Tidak dikira dalam jumlah kos RM10,000 di atas... hehe

6. DRONE - 



+ DJI Mavic 3 Pro Camera Drone 4/3 CMOS Hasselblad Camera 43-Min Max Flight Time - https://s.shopee.com.my/8pQ1NuyCSC


Untuk menjadikan karya anda lebih luar biasa, tidak dapat dinafikan pandangan 'Mata Helang' tetap akan memukau penonton untuk pergi lebih jauh!. Walaupun harga agak kayangan, namun tiada masalah sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang kepada sekolah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 

Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini, sekiranya anda diberi tugasan untuk habiskan RM10,000 untuk peralatan Krew TV PSS sekolah anda, jangan pening-pening untuk fikir apa yang ingin dibeli. Borong kesemua peralatan di atas dan saya beri jaminan anda akan mendapat kepuasan merakam yang sebenar!. Apa yang saya kongsikan bukan satu perjalanan yang singkat, sejak 2009 saya sudah mula merakam video dengan peranti dan teknologi semasa... sehingga kini masih merakam. Jangan bazirkan masa, wang dan tenaga anda untuk semua itu.. terus dapatkan yang terbaik untuk kegunaan di sekolah kita. Selamat membeli belah!





BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top