3 tahun berturut-turut #AdikBeradikAYU bergelar JUARA dalam pencarian Cikgu Juara Digital, apa rahsianya?

3 tahun berturut-turut #AdikBeradikAYU bergelar JUARA dalam pencarian Cikgu Juara Digital, apa rahsianya?

Di sebalik gelaran 'JUARA' yang mereka terima tersembunyi satu persamaan yang sangat nyata iaitu 'KESUNGGUHAN'. Mereka bersungguh-sungguh belajar menjadi 'CONTENT CREATOR' dengan mendalami ilmu penerbitan video tanpa ada rasa penat dan lelah. Tidak pernah merungut dengan tugasan berat yang diberikan, sentiasa tepati masa hadir kelas yang dijalankan. Ringan tulang dalam membantu kerja-kerja sukarelawan yang tidak pernah mereka tanya perihal habuan dan tidak juga kami janjikan dengan pulangan bulan dan bintang. 

Biji benih disemai kini sudah mula berbuah, di Akademi Youtuber kami tidak pernah berhenti menyemai biji benih dari semasa ke semasa. Kejayaan ini bukan kerana kami yang bijak menanam, tetapi kerana biji benih yang ada itu sangat berkualiti dan bernilai tinggi sangat sesuai untuk dihidupkan. Tidak wajar dibiarkan berjalan sendirian, tidak diberi perhatian dan penghargaan akhirnya terperam berkulat lalu rosak begitu saja. 

Tiga tahun berturut-turut kerusi 'JUARA' itu disandang oleh #AdikBeradikAYU adalah satu kejayaan yang patut dibanggakan oleh semua sukarelawan AYU yang bertungkus lumus melatih dan membimbing rakan guru di Malaysia menjadi seorang 'Guru Jauhari Digital'. Terus jalan bersama... 

sendirian kita biasa, bersama kita luar biasa. 

Tahniah! 


Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top