Selamat tinggal 'Blake', Penjaga 'Blake' peluk Islam, Alhamdulillah.

Selamat tinggal 'Blake', Penjaga 'Blake' peluk Islam, Alhamdulillah.

KUALA LUMPUR: Di saat ramai yang masih bersedih atas berita kematian anjing pengesan bernama Blake milik Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), terselit berita gembira apabila penjaganya memilih untuk memeluk agama Islam.

Difahamkan, Salbudin, 34, melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam bersaksikan bapa saudara dan sepupunya, pagi tadi.

Selasa lalu, negara dikejutkan dengan berita kematian Blake yang terpaksa ditidurkan pada jam 4.38 petang Isnin lalu selepas dikesan menghidapi barah limfoma.

JBPM dalam kenyataannya memaklumkan, anjing pengesan baka English Springer Spaniel berusia tujuh tahun itu sebelum ini dikesan menghidap barah pada tahap empat, 15 Ogos lalu.


Dulu saya pernah menulis tentang kagumnya dengan kehebatan anjing pengesan milik Bomba Malaysia ini di pautan berikut : https://www.cikgusuffi.com/2022/12/terima-kasih-blake-dan-semua-pendamping.html

Agak terkejut dengan berita kehilangannya, dalam sedih ada gembira apabila penjaga kepada 'blake' mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam satu berita gembira buat seluruh penganut agama Islam dalam menyambut saudara baru kami. Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya hidayah milik Allah s.w.t. 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top