Team AI Cikgu Suffi di TikTok diwujudkan selepas mendapat inspirasi dalam Persidangan Edufluencers KPM

Team AI Cikgu Suffi di TikTok diwujudkan selepas mendapat inspirasi dalam Persidangan Edufluencers KPM



Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Persidangan Edufluencers baru-baru ini membuka lembaran baru bagi kaedah penyampaian sesuatu mesej dengan lebih kreatif dan mampu menarik lebih perhatian khususnya untuk konten pendidikan. Team AI Cikgu Suffi diwujudkan untuk menyampaikan mesej dengan cara yang unik dan berteknologi terkini. 

Penggunaan AI dalam pembentukkan watak dan bidang mesej yang ingin disampaikan dijangka akan menjadikan sesuatu mesej itu sampai kepada lebih ramai dan tersimpan rapi dalam ingatan. Sehingga kini lebih 10 mesej pelbagai bidang telah berjaya diketengahkan dan sambutan yang diterima juga menggalakkan. 

Antara mesej-mesej yang disampaikan ialah berkaitan dengan informasi pendidikan manusiawi, ikhtiar dalam kehidupan, isu pendidikan semasa, pakar motivasi alam percintaan, berita terkini viral dan motivasi keluarga bahasia. Setiap mesej cuba disampaikan dalam tempoh yang singkat dan tidak terlalu berat untuk diingat pada masa yang sama mengekalkan konsep video di TikTok yang pendek dan tidak membosankan. Semoga usaha ini dapat membentuk generasi Madani dengan sedikit usaha yang dimulakan oleh para guru Insani. 

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan, kepada yang belum menyatakan sokongan anda boleh berkunjung untuk menjadi pengikut dan jangan lupa berikan tanda suka kepada mana-mana video yang menyentuh perasaan anda! Tonton di sini : 

@cikgusuffi Persembahkan Team AI Cikgu Suffi @ Tik Tok ~ Pemangkin Generasi Madani #PADU #Edufluencer #HumanizeAmplifyInspire #fyp #EdufluencerPerak ♬ Legend - Marcos Yap
    
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top