AYU terus berkembang di Sabah, Tahniah!

AYU terus berkembang di Sabah, Tahniah!


Tahniah #adikberadikAYU Sabah yang telah berjaya menyumbang bakti dalam program Seminar Teacherpreneurs anjuran KIP Sektor Pembelajaran PPD Kota Kinabalu. 

Pasti kalian berbangga bila diberi ruang dan peluang untuk menceritakan kehebatan guru-guru Malaysia dalam arena dunia pendidikan digital. 

Bukan nama dan populariti yang kita cari, tapi apa yang luar biasa mampu kita sumbangkan sementara masih berada dalam perkhidmatan.

 Segala kerja sukarela ini pasti akan tersemat dalam lipatan sejarah kerana kita bakal tinggalkan sesuatu yang hebat untuk generasi yang akan datang. 

Sejujurnya saya amat berbangga dengan semangat dan kekuatan kalian, memanfaatkan ilmu yang diperolehi sehingga mampu memberi impak yang sangat tinggi kepada negeri dan daerah. Sehingga kini negeri Sabah tidak pernah sunyi dengan penganjuran webinar, inilah harapan penubuhan AYU supaya kita dapat menyumbang kembali kepada komuniti setempat. 

Semoga apa yang kita usahakan bersama secara dan berterusan ini dapat menjadi sebahagian daripada amal jariah dalam misi memanusiakan manusia di Malaysia khususnya. 


Tahniah! Sabah Hebat! Teruskan kecemerlangan.... 

"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top