Sentiasa PADU! Terima kasih PADU, KPM

Sentiasa PADU! Terima kasih PADU, KPM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Sedang meneroka sesuatu yang baharu dari booth ke booth yang terdapat di sekitar sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini terserempak dengan tuan Radzifuddin Nordin iaitu Ketua Jabatan Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan, KPM atau lebih dikenali sebagai PADU. PADU mengiktiraf guru-guru yang bergiat aktif dalam dunia pendidikan digital sebagai Edufluencers KPM. Tidak berkesempatan berjumpa semasa persidangan Edufluencers 2.0 yang lalu, Alhamdulillah dapat bersua muka pada sambutan hari guru pada kali ini. 


Alhamdulillah bersua lagi buat kali kedua bersama Dr. Ahmad Rafee Bin Che Kassim, Timbalan KPPM Sektor Dasar dan Kurikulum. Kali pertama bersua di majlis Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun lepas. 



Punya lah susah nak rapat dengan YB Menteri Pendidikan kita, maklumlah dihimpit rapat oleh cikgu-cikgu perempuan... takpa lah dari jauh pun asal ada 'Eye Contact' dengan kamera kira ok lah tu.. terima kasih YB! Dulu Menteri lelaki kita dah rapat2.. bagi peluang cikgu-cikgu perempuan pulak lah kali ni. 





En Shafizul Jaafar antara orang kuat untuk program Edufluencers menyambut ketibaan para Edufluencer dengan menyarung selempang! Terbaik!. Alang-alang dah pakai selempang, jangan dilepaskan peluang bergambar sekeping dua.. alhamdulillah. 



Edufluencer Melaka.. Yu.Kelly turut membantu di Booth PADU. Terbaik!


Kunjungan ke Melaka kali ini turut berkesempatan bertemu dengan Tuan Azmidy rakan sebilik semasa persidangan Edufluencers 2.0 yang lalu. Alhamdulillah telah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Unit Pengurusan Bakat, Sektor Sumber Manusia JPN Melaka. Selayaknya kerana beliau memang hebat dalam usaha melahirkan ramai guru-guru yang hebat dalam bidang inovasi. 













Tidak melepaskan peluang juga bergambar dengan Cikgu EmKay antara guru hebat berkongsi berkaitan aplikasi google dalam pendidikan kepada guru-guru seluruh negara. 





Akhirnya dapat juga bersua muka kembali dengan barisan Edufluencers negeri Melaka yang sangat ceria! terbaiklah... semoga komuniti Edufluencers terus berkembang dari semasa ke semasa.




Kali ini 3 jari! sempena dengan kempen mencari Edufluencers 3.0 yang bakal dibuka tidak lama lagi. Jadilah yang terawal mendaftar untuk mendapat info terkini berkaitan Edufluencers. Semoga lebih ramai guru-guru hebat di luar sana dapat menyertai Edufluencers 3.0 pada kali ini dan kita akan berjumpa di persidangan yang seterusnya! Tahniah!. 



BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top