Kejayaan anda kebanggan kami! 5 Ahli akademi youtuber raih anugerah di peringkat kebangsaan.

Kejayaan anda kebanggan kami! 5 Ahli akademi youtuber raih anugerah di peringkat kebangsaan.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Tahniah Yu.Dhiya.. selayaknya menjadi Johan CJD untuk kategori Prasekolah di atas kesungguhannya dan semangat sukarelawan yang sangat tinggi. Yu.Dhiya bukan sahaja menyandang jawatan sebagai Ketua Panitia di Akademi Youtuber malah juga berkhidmat secara sukarela bersama team jadual Tuisyen Percuma AYU menguruskan jadual bersiaran guru-guru seluruh negara. Inilah yang dinamakan 'Rahsia Allah s.w.t' yang diluar jangkaan kita. Sifat suka membantu yang kita ada tanpa pernah sekali pun memikirkan apa yang kita dapat sekiranya kita bekerja lebih masa dan membuat sesuatu yang 'luar biasa' akhirnya terungkai dengan anugerah 'luar biasa' ini. Tahniah Cikgu Dhiya!




Cikgu Mimi walaupun baru sahaja berada di Challenge 2 namun keupayaannya untuk pergi lebih jauh makin terserlah! Pertama kali berjumpa di Persidangan Edufluencer 2.0 bersama lagi 18 orang #AdikBeradikAYU yang turut terpilih pada ketika itu. Tahniah! Johan Cikgu Juara Digital 2023 untuk kategori Sekolah Rendah / Sekolah Menangah



Tcer Reen pun tidak terkecuali untuk anugerah Top 3 Ikon Guru Teknologi Pendidikan Digital peringkat kebangsaan! Tcer Reen adalah salah seorang Ketua Panitia di Akademi Youtuber yang bergiat aktif menyumbang tenaga membangunkan guru-guru seluruh negara menjadi Youtuber Pendidikan. Memiliki semangat kesukarelawanan yang tinggi membimbing rakan-rakan sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Pemilik modul Algebra Jangan Gabra ini juga mengetuai kumpulan Super Math Squad di Akademi Youtuber Malaysia. 





























Tahniah semua! Kejayaan anda adalah kebangaan kami. Teruskan berkarya, bersama Akademi Youtuber kita terus melangkah membina sesuatu yang lebih besar dari semasa ke semasa. Tahniah! 


 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top