Tayangan Perdana Video Miming Lagu Raya SKPTLDM berlangsung meriah!

Tayangan Perdana Video Miming Lagu Raya SKPTLDM berlangsung meriah!


Hari akhir sesi persekolahan sebelum bercuti untuk menyambut hari lebaran, seperti biasa kami di SKPTLDM mengadakan satu perjumpaan khas untuk menonton hasil daripada kreativiti yang digarab untuk menerbitkan video miming lagu raya pada tahun ini. 

Tuan Guru Besar, En.Rohaizan tidak melepaskan peluang menyaksikan video miming raya 2023 bersama-sama. 

Video berdurasi 7 minit ini menyimpan kenangan khususnya buat semua warga SKPTLDM kerana di sini kami pernah berada dan tidak selamanya kami akan berada di sini. 

Merujuk kepada banner kenali guru yang tergantung di kantin ini, sebahagiannya telah berpindah, ada yang bersara dan ada juga yang telah meninggalkan kita. Namun kenangan untuk menjadi tanda ingatan sentiasa dipelihiara. 

Alhamdulillah menjelang syawal dapat sempurnakan beberapa task hebat bersama rakan-rakan iaitu mengemaskini sudut kenali guru dengan penambahan 37 orang baharu, penggambaran video raya dan sesi fotografi kad raya digital 2023. 


Semoga segalanya tersimpan rapi dalam lipatan kenangan warga pendidikan hebat yang berada di SK Pangkalan TLDM. 

Belum tonton? SILA KLIK DI SINI

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top