Kemeriahan Aidilfitri 2023 kian terasa! nantikan Karya kreatif daripada warga SK Pangkalan TLDM

Kemeriahan Aidilfitri 2023 kian terasa! nantikan Karya kreatif daripada warga SK Pangkalan TLDM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Alhamdulillah sambutan hari lebaran pada tahun ini diberi kelapangan masa dan kekuatan kerjasama untuk menerbitkan video raya versi warga SK Pangkalan TLDM yang seterusnya. Secara keseluruhannya dapat dilihat sesi rakaman pada kali ini berjalan lancar dengan kerjasama guru-guru sesi pagi dan petang. 



Pembikinan video raya pada tahun ini diperluaskan dengan penglibatan murid untuk bermain alat muzik dan tarian untuk memeriahkan lagi suasana. 



Lokasi pengambaran pula melibatkan kawasan penting dan menarik sekitar SK Pangkalan TLDM.




Di dalam video ini dapat dilihat aksi-aksi bersahaja daripada guru-guru SK Pangkalan TLDM, aksi bersahaja ini sangat penting untuk menghidupkan suasana agar tidak kelihatan seperti dibuat-buat. 



Tuan Guru Besar dan barisan pentadbir juga tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan indah bersama semua guru-guru yang terlibat. 


Kreativiti guru dan murid diserlahkan dalam video ini menyaksikan murid-murid turut menari mengikut irama yang ditetapkan. 



Kerjasama antara guru-guru dapat dilihat apabila masing-masing berusaha untuk menjiwai watak masing-masing. 



Sebagai penyunting video pada kali ini saya meletakkan karya kreatif pada kali ini adalah yang terbaik berbanding karya-karya sebelum ini yang diukur dari pelbagai aspek. Selain daripada aspek kualiti video pada kualiti maksima 1080p50-HD, turut disusuli dengan aksi gerakan yang bersahaja, lirik lagu, mengikut tempo dan penggunaan transition yang sesuai.


Nazam Lebaran, kini sedia untuk bertemu penonton dan akan ditayangkan mulai 18 April 2023 (Selasa) diterbitkan khas untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Selamat menonton!


KLIK DI SINI UNTUK MENONTON

BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top