Invite a guest to your live stream with Go Live Together!

Invite a guest to your live stream with Go Live Together!



Fitur baharu di Youtube yang membolehkan pengguna youtube bersiaran secara langsung dari destinasi berbeza. Walau bagaimanapun untuk menjadi co-stream memerlukan 50 Subscriber ke atas untuk memulakan sesi siaran langsung secara bersama dan sesiapa sahaja boleh menjadi tetamu untuk sesi yang dibina. 

Liputan wartawan cilik pasti akan jadi lebih meriah berbekalkan peranti untuk menyertai siaran langsung yang dibina oleh guru. Selain daripada itu, komunikasi dua hala dijangka dapat dijalankan dengan pantas melibatkan institusi dari pelbagai lokasi. 


Setakat ini jumlah subscriber yang ditetapkan tidaklah terlalu tinggi untuk dicapai  kerana rata-rata channel rakan guru dan sekolah sudah melebihi daripada jumlah yang ditetapkan. Untuk channel baharu, jumlah ini masih diperlukan dalam keadaan segera sebelum sesi dimulakan. 


Terima Kasih youtube terus berikan yang terbaik untuk para pencipta kandungan, bersama kita manfaatkannya untuk dunia pendidikan tercinta. 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top