Sehelai kertas yang di dalamnya penuh dengan pengorbanan.

Sehelai kertas yang di dalamnya penuh dengan pengorbanan.





Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Hanya sehelai kertas yang nipis dan berwarna warni namun di dalamnya penuh dengan pengorbanan masa dan tenaga. Semoga dengan Sijil Digital ini mampu membakar semangat rakan-rakan guru untuk terus berikan yang terbaik dalam dunia pendidikan digital. 

Pengorbanan mereka mendalami ilmu-ilmu digital amat memerlukan sokongan daripada semua pihak. Para youtuber pendidikan dan blogger pendidikan telah menunjukkan keupayaan mereka yang sebenar. Berdepan pandemik Covid-19, lebih 25,000 video pendidikan telah berjaya kami terbitkan bersama untuk kegunaan anak didik kesayangan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Tanpa kecekalan guru-guru ini mendalami ilmu dunia penerbitan video mungkin jumlah ini belum dapat dicapai pada hari ini. Terima kasih semua.

Semoga kita terus diberikan kesihatan yang baik, kekuatan untuk membimbing lebih ramai guru-guru mendalami ilmu berkaitan pendidikan digital. Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa!

Tahniah dan terima kasih!
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

3 Ulasan

To Top