Terima Kasih Astro Awani Live! dan Tahniah Malaysia terima Perdana Menteri Malaysia ke-10

Terima Kasih Astro Awani Live! dan Tahniah Malaysia terima Perdana Menteri Malaysia ke-10

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!




Alhamdulillah sekian lama kita menantikan kata putus segala persoalan siapa Perdana Menteri Malaysia ke-10 akhirnya terjawab sudah dengan kenyataan media dari Istana Negara. 

Sepanjang tempoh penentuan ini saya mengikut rapat dan amat kagum dengan kesungguhan media massa di Malaysia khususnya Astro Awani yang boleh dikatakan 'BERCAKAP 24 JAM' membuatkan kita yang menonton berasa begitu penat menanti apatah lagi mereka yang memerah keringat untuk bercakap, melontar idea dan pendapat masing-masing. Jemputan ahli-ahli panel hebat dari seluruh negara bukan biasa-biasa kerana setiap daripada mereka memiliki pengalaman dan penerangan yang cukup jelas berkaitan demokrasi di Malaysia. 

Di Akademi Youtuber para youtuber pernah secara bergilir bersiaran langsung secara berterusan dari pagi hingga ke malam melebihi 10 jam untuk Rumah Terbuka Aidilfitri sewaktu PKP yang lalu, bukan mudah untuk mengendalikan satu siaran langsung dalam tempoh yang agak lama. Kelebihan liputan Astro Awani yang memberikan fokus secara langsung dapat memberikan info terkini kepada semua rakyat Malaysia yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat dan mengikuti detik-detik bersejarah Datuk Seri Anwar Ibharim diangkat oleh rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10. 


Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibharim melegakan banyak pihak setelah beberapa hari menantikan perkhabaran gembira negara menerima peneraju yang bakal memacu kemajuan negara tercinta dari pelbagai aspek. Bagi kami 'Orang Utara' boleh dikatakan sangat mengikuti perkembangan Datuk Seri Anwar Ibharim sejak dari bangku sekolah dan saya sendiri pernah bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibharim di satu majlis kenduri yang berlangsung di Sungai Bakap, Pulau Pinang yang waktu itu saya berusia 15 tahun. Mulai saat itu saya sudah mula sentiasa mengikut perkembangan Datuk Seri Anwar Ibharim kerana ada sesuatu yang saya kagum dengan Perdana Menteri ke-10 ini iaitu kepetahan beliau berkomunikasi, berhujah, melontarkan idea, dan berjaya mempengaruhi pendengar untuk mendengar sehingga habis ucapannya. Tidak membosankan! itu bahasa yang paling mudah untuk diterjemahkan. 

Post kali ini khusus untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kru penerbitan Astro Awani yang membuat liputan dan sentiasa di hadapan dalam menyampaikan info terkini berkaitan sesuatu isu. Kupasan yang lebih neutral, bersahaja dan semestinya dapat meredakan perasaan ingin tahu yang amat tinggi dari kalangan rakyat jelata. Tahniah Awani! Tahniah PM Ke-10.... kehebatan anda sangat dikagumi. 

Terima Kasih!
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top